Aplikasi Multimedia
Watikah Lantikan Pengawas Pusat Sumber dan Sidang Redaksi serta Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2013
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Sabtu, 2 Mac 2013
/
Comments: (0)
Pada tarikh 4 Februari 2013 juga telah berlangsung Majlis Watikah Lantikan bagi pengawas Pusat Sumber Sekolah serta AJK Sidang Redaksi sekolah bagi sesi 2013.
Acara ini melibatkan seramai 30 orang pengawas pusat sumber bagi sesi pagi dan petang serta 10 orang AJK Sidang Redaksi sekolah.
Seramai 4 orang pelajar yang terpilih sebagai Calon NILAM Peringkat Daerah berdasarkan jumlah buku yang dibaca sejak mereka di Tingkatan 1 lagi.
Mereka yang dipilih ialah:-
UMMI AMIZA EMBOK WELLANG - ANUGERAH PERAK
NABILLAH ALVI ALAMIN - ANUGERAH PERAK
MUHAMMAD FIRDAUS MOHAMMAD - ANUGERAH GANGSA
NOR SYAFIQAH ROSDI - ANUGERAH GANGSA
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih. Semoga sumbangan anda dapat membantu meningkatkan imej dan kreadibiliti Pusat Sumber Sekolah dengan lebih baik...
Bulan Teknik Vokasional 2013
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
/
Comments: (0)
Pada 4 Februari 2013 telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Teknik Vokasional peringkat SMK Pasir Gudag (2) bagi tahun 2013. Majlis yang dirasmikan oleh Pengetua Pn Hjh Zainab Johari telah diserikan dengan montaj pelancaran serta gimik pelancaran menggunakan robot dari Kelab Robotik SMK PG(2). Guru Kanan Bidang Teknik Vokasional Pn Hjh Muslimah Jirin memberikan kata-kata aluan serta memberi penerangan tentang program-program yang diatur sempena dengan Bulan Teknik Vokasional.
Di antara program-program yang diadakan ialah:-
- Pertandingan Melipat Napkin
- Pertandingan Eksplorace
- Pertandingan Menggubah Tuala
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pameran Robotik
- Pameran Demonstrasi Membuat 'Cup Cake'
- Pameran Demonstrasi Membuat Coklat
- Pameran Demonstrasi Membuat Salad/Makanan Berkhasiat
Pameran dan Pertandingan ini akan diadakan selama seminggu bermula
18 Februari - 22 Februari 2013 jam 11 00 pagi hingga 330 petang
Penukaran Domain Blog Rasmi SMK PG(2)
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Khamis, 14 Februari 2013
/
Comments: (0)
Assalamualaikum...
Makluman kepada semua warga SMK PG(2) dan followers yang mengikuti blog ini, dimaklumakan bahawa domain bagi blog rasmi SMK PG(2) telah pun admin tukar ke domain yang baru.
Anda boleh melayari blog ini di URL:
semoga dengan domain yang baru ini membuatkan pengguna lebih mudah melayari blog ini kerana domain baru ini lebih mudah dikenali sebagai blog rasmi SMK Pasir Gudang (2)
Happy blogging..!!
Selamat Tahun Baru Cina 2013...
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Selasa, 12 Februari 2013
/
Comments: (0)
<< SELAMAT TAHUN BARU CINA >>
~~ GONG XI FA CAI ~~
Kepada semua guru dan pelajar yang berbangsa cina warga SMK PG(2) mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA...
Semoga tahun ini lebih Ong yee.... Tahun Ular 2013
Hari Terbuka Siri 1 Tingkatan 3 dan 5 tahun 2013
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Rabu, 6 Februari 2013
/
Comments: (0)
Pemberitahuan:
Hari Terbuka Tingkatan 3 dan 5 tahun bagi peperiksaan akhir tahun 2012 yang lalu akan diadakan pada ketetapan di bawah:
Tarikh : 8 Februari 2013
Masa : 7 30 pg - 12 30 thari
Tempat : Dewan Mawar Gemilang
Semua ibu bapa pelajar beserta dijemput hadir bagi membincangkan tentang pencapaian akademik pelajar bersama-sama dengan guru kelas masing-masing.
Sekitar Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
/
Comments: (0)
Alhamdulillah... selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 SMK PG(2) untuk tahun 2013. Seramai 108 orang guru dan ibu bapa telah hadir ke mesyuarat ini bagi membincangkan pelbagai agenda dan juga memilih peneraju serta AJK PIBG bagi penggal baru ini. Semoga barisan pentadbir serta guru-guru dan pihak PIBG dapat terus bekerjasama menggembeling tenaga dan usaha bagi memantapkan lagi SMKPG(2) menjadi sekolah terunggul di daerah Pasir Gudang ini...
Watikah Lantikan Pengawas 2013
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Isnin, 4 Februari 2013
/
Comments: (0)
Tarikh : 14 Januari 2013
Masa : 7 30 pagi
Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMK PG(2)
Jemputan Kehormat : Tn SI Sukiman Badari, Timbalan Ketua Balai Polis Pasir Gudang
MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::