Aplikasi Multimedia

Memaparkan catatan dengan label Isu Pendidikan: Sistem Gred. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Pendidikan: Sistem Gred. Papar semua catatan

Isu Pendidikan: Sistem Gred Hasilkan Pelajar Cemerlang

Sistem penggredan baru bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan Kabinet baru-baru ini lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Melalui penilaian baru itu, palajar akan diberi gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred ini menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B,, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G. Sistem gred ini hanya memberikan perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. Lihat jadual sistem gred yang telah ditetapkan:
  1. A+ = 18
  2. A = 16
  3. A- = 14
  4. B+ = 12
  5. B = 10
  6. C+ = 8
  7. C = 6
  8. D = 4
  9. E = 2
  10. G = 0

Penilaian semula gred SPM ini sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Perincian gred juga memudahkan kementerian untuk menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara. Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah bagi menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan.

... dipetik dari sumber Harian Metro, Isnin 9 Nov 2009

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.