Aplikasi Multimedia

Kenangan abadi bersamamu..

Sedih.. Rindu.. dan pelbagai perasaan dapat dirasai pada hari ini apabila diumumkan bahawa tiga orang pendidik senior di SMKPG2 akan meninggalkan sekolah ini.. Mereka yang maksudkan ialah Puan Wardah Ismail, Puan Faridah Hanim Achok dan Puan Normah Abu Hassan. Mereka semua akan memulakan tugas di sekolah baru bermula pada minggu ini. Mereka ini telah bertugas di sekolah ini lebih dari 10 tahun. Banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka taburkan di sekolah ini. Doa dan harapan kami agar ketiga-tiga guru ini akan mencapai kejayaan dan meningkatkan kegemilangan di sekolah baru.

Puan Wardah akan berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Nusa Damai.
Puan Faridah Hanim akan berkhidmat sebagai Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik di SMK Nusa Damai
Puan Normah Abu Hassan akan berkhidmat sebagai Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional di SMK Tanjong Puteri Resort.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan ingatan yang tidak akan putus buat mereka yang telah meninggalkan SMKPG2 untuk bertugas di tempat baru. Semoga ikatan dan ukhwah persaudaraan kita tidak akan terlerai.
Kami juga berharap agar kesemua guru-guru ini akan berjaya dan cemerlang.

..TERIMA KASIH DARI KAMI...



Ucapan akhir dari Puan Warda Ismail



Ucapan akhir dari Puan Faridah Hanim Achok

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Usai sudah kita meniti hari yang penuh bersejarah buat tanah air kita Malaysia. Kini tiba pula hari penutup bagi bulan kemerdekaan yang telah dilancarkan pada 2 Ogos 2010 yang lalu. Kemeriahan dan semangatnya memang terasa di kalangan warga SMKPG2. Manakan tidak, kibaran jalur gemilang telah memeriahkan bumi PG2 sejak awal Ogos lagi walaupun di kala itu bulan puasa sudahpun menjelma.

Majlis yang diadakan di Dewan Mawar Gemilang ini dipengerusikan oleh Puan Hazlinda Hamzah. Pelbagai acara telah diadakan di antaranya ialah:
Tayangan Persembahan
Ucapan Guru Kanan Bidang Sains Sosial
Penyampaian hadiah pertandingan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
Ucapan Pengetua
Nyanyian Lagu Jalur Gemilang

Juga diselitkan di dalam majlis ini, ucapan dan amanat akhir guru-guru yang akan berpindah iaitu Puan Wardah Ismail dan Puan Faridah Hanim serta Puan Normah Abu Hassan (beliau tidak dapat hadir kerana bertugas)

Semoga semangat cintakan tanah air dan juga sekolah kita akan terus membara di hati warga SMKPG2..


Salam eid al mubarak



..SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA WARGA SMKPG2..
Semoga di bulan yang mulia ini akan dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara kita semua. Buang segala sengketa dan permusuhan. Semoga kita semua dapat bekerjasama dan melahirkan lebih ramai bakal-bakal pemimpin di masa akan datang.

SMKPG2 GEMILANG!...

Tenaga Pengajar SMKPG2 2010

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.