Aplikasi Multimedia

Festival Layang-Layang sedunia 2013

Acara tahunan yang diadakan di Pasir Gudang iaitu Festival Layang-Layang Sedunia kini kembali lagi...

SMKPG2 tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam beberapa acara pertandingan yang dianjurkan pada Festival Layang-Layang Sedunia 2013...

Acara yang disertai ialah:

Acara Melukis Wau
Acara Membuat Wau 

dan keputusannya...

SMKPG(2) Juara Acara Melukis Wau

dan 

SMKPG(2) Juara Acara Mencipta Wau Paling Kreatif...

Tahniah kepada guru pembimbing.. Pn Ramlah Talib..





Ragbi MSSD Pasir Gudang 2013

Pertarungan sengit jaguh-jaguh ragbi daerah Pasir Gudang bermula...!!

Kejohanan Ragbi MSSD Peringkat Daerah Pasir Gudang

Tempat :  Padang SMKPG(2)
Tarikh : 25 Februari - 27 Februari 2013

Nampaknya tahun ini persaingan semakin sengit dan keputusan akhirnya...
Kali ini SMKPG2 tidak dapat mengekalkan kejuaraan apabila tewas dengan juara baru.

Lihat keputusan dibawah:-

Johan
SMK TAMAN RINTING 

Naib Johan
SMK PASIR GUDANG (2)

Tempat ke 3
SMK PASIR GUDANG (3)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... Jumpa lagi tahun hadapan..!!


Kehilangan yang tiada gantinya...

" ..... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan  ..... "

Kenyataan yang pasti dalam kehidupan.. Kali ini SMKPG(2) kehilangan seorang lagi guru cemerlang dan banyak menabur bakti kepada kami...

SMKPG(2) kehilangan PN HJH ZURIATI ABD RAZAK 
selaku Guru Cemerlang Pendidikan Islam 
yang dapat berpindah semula ke kampung halamannya di Terengganu.

Terlalu banyak jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Pn Hjh Zuriati di sekolah ini dan terlalu banyak kenangan yang sempat dirakamkan di sini. Blogmaster sendiri rasa sangat kehilangan dan kekurangan apabila  hilangnya beliau di sini namun hanya Allah yang tahu ketetapan yang terbaik untuk hambaNya...

Blogmaster dan juga semua warga SMKPG(2) mendoakan agar Pn Hjh Zuriati Abd Razak sentiasa dalam rahmat Allah sentiasa dan lebih ceria, bahagia dan gembira di samping keluarga tercinta di sana.

Jamuan perpisahan diadakan pada 1 Mac 2013 dan para guru berkesempatan memberikan sedikit cenderamata kepada beliau. Walaupun hadiah kami tidak setimpal dengan jasa kak zue kepada kami, namun doa kami agar kak zue akan sentiasa berjaya dan bahagia di sana....

Pergimu tiada ganti.... namun kami sentiasa mendoakan kejayaan anda disana... Terima kasih atas segala bakti yang pernah dicurahkan di bumi SMKPG2 ini...





Pn Hjh Zuriati Abd Razak...
Kehilanganmu tiada galang gantinya.....








 Acara penyampaian cenderamata dari guru-guru...

Penilaian Kurikulum 1 / 2013

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMK PG(2) yang akan menduduki 
Penilaian Kurikulum 1 yang akan bermula pada 

5 Februari hingga 8 Februari 2013..

<<  Study jangan tak study >>

(^_______^) wink**

Sambutan Maulidur Rasul 1436H

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2013 diraikan pada 23hb Februari 2013.

Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan Maulidur Rasul ialah:-

  • Pertandingan Mereka Kain Rentang antara Rumah Sukan
  • Pertandingan Menulis Khat antara kelas
  • Bacaan Ayat suci al Quran 
  • Perarakan Maulidur Rasul
  • Ceramah Agama
  • Jamuan Aqiqah

Gotong Royong untuk Jamuan Aqiqah.. 2 ekor lembu tuhhh..... tahniah kpd yg terlibat... :-)
















Kem Kepimpinan Siri II 2013

Program tahunan SMKPG2 bermula lagi..!

Pada 22 dan 23 Februari 2013 berlangsung Kem Kepimpinan Siri II yang melibatkan 
Pengawas Sekolah dan Ahli Majlis Ketua Tingkatan (Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan) 

bertempat di 

Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor

Kem selama 2 hari ini sangat bermakna kepada peserta yang hadir kerana pengisian dan program yang dirancang benar-benar menepati kehendak dan keperluan pelajar yang bergelar pemimpin di SMK PG2..

Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat meningkatkan lagi motivasi pelajar dalam meneruskan tugas sebagai pemimpin kecil di sekolah..

sekalung penghargaan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling 
Pn Ezzieyemme, En Mohd Azrol serta Pn Asiah Mat Yatik di atas kelancaran program tahunan ini...


















MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.