Aplikasi Multimedia

Rombongan Che Kiah ke Singapore.. heheh

Akhirnya..! impian SMKPG2 untuk mengadakan lawatan akhirnya termakbul jua.. pada tanggal 24 Julai yang lalu, warga SMKPG2 telah berjaya merealisasikan harapan untuk mengadakan lawatan ke Kota Singa.. Lawatan anjuran KEBIRU ini telah diketuai oleh Puan Faezah bt Ahmad selaku pengerusi KEBIRU SMKPG2. Seramai 44 orang (termasuk ada yg membawa pasangan...) telah menyertai lawatan ini...

Walaupun terdapat banyak insiden yang berlaku tetapi kemeriah dan keseronokan tetap kami rasai.. Bermula seawal 7 00 pagi para peserta lawatan telah berkumpul dan sampai di imigresen tepat jam 9 00 pagi. Kemudian urusan di imigresen selesai pada pukul 10 30 pagi. Jam 11 pagi kami selamat sampai di Pulau Sentosa (Sentosa Island) sehingga jam 3 30 petang. Lawatan seterusnya di Jalan Arab (Arab Street) dan bersolat di Masjid Sultan, masjid tertua di Singapura. Lawatan terakhir ialah di Orchard Road, kawasan membeli belah terkemuka di Singapura.

Semoga aktiviti riadah seperti ini dapat dilanjutkan lagi di masa-masa akan datang..
Lihat foto..

Selamat Datang Puan Pengetua

Dengan penuh rasa syukur dan berbesar hati, seluruh warga SMKPG2 mengalu-alukan kehadiran pengetua baru kami iaitu

Puan Hajah Zainab binti Johari

selaku

Pengetua Sek Men Keb Pasir Gudang 2

Setelah sekian lama SMKPG2 hilang serinya setelah bersaranya Tuan Pengetua tersayang En Abd Wahid bin Yahyin, kini kita telah mendapat pengetua baru iaitu Pn Hajah Zainab binti Johari. Sebelum ini beliau merupakan Pengetua SMK Pekan Nenas, Pontian Johor. Semoga kehadiran Puan Pengetua baru ini akan meneruskan lagi gagasan dan kegemilangan SMKPG2!

Mesyuarat Audit Akademik SPM 2010

Sejurus selepas majlis perpisahan Pn Maslinda yang diadakan di kantin sekolah, satu mesyuarat pengurusan peperiksaan untuk membentangkan Audit Akademik Tahun 2010 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010.

Secara keseluruhan, peratus kelulusan SMKPG pada kali ini meningkat iaitu dari 67.1% pada tahun 2009 kepada 76.44% pada tahun 2010. Jumlah calon berdaftar ialah seramai 334 namun begitu bilangan calon gagal adalah seramai 78 orang.

Terdapat beberapa mata pelajaran yang mengalami penurunan peratusan lulus pelajar iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Perdagangan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan EST. Oleh itu dengan adanya mesyurat ini, dapatlah para guru-guru membentangkan analisis SWOT dan juga perbincangan dengan pentadbir langkah-langkah bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM.

Semoga program-program sebegini dapat diteruskan bagi membantu guru-guru meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan membantu pembelajaran ke arah kecemerlangan SMKPG2 untuk SPM 2010!.. Syabas SMKPG2...



Majlis Perpisahan Pn Maslinda Marzuki

Sekali lagi SMKPG2 terpaksa merelakan pemergian salah seorang guru senior yang telah lama berkhidmat di SMKPG2. Guru tersebut ialah Pn Maslinda binti Marzuki yang akan bertugas di sekolah baru iaitu Sek Men Keb Bandar Seri Alam sebagai Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional.

Kehilangan guru senior yang telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun di SMKPG2 memang amat dirasai. Beliau merupakan Guru Data, Guru Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan dan Naib Pengerusi Kebiru SMKPG2. Semoga pemergiaan beliau dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang beliau dan kami doakan semoga beliau terus berjaya dan cemerlang di sekolah baru..

"Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan anda.
Kami akan merindui Pn Maslinda..."






Kita Johan Lagi....!!!

Pada 30 Jun 2010, SMKPG2 telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki anjuran MPPG. Sebanyak 3 platun telah mengambil bahagian. Keputusannya.. SMKPG2 telah menjuarai pertandingan tersebut!.. sekalung tahniah diucapkan kepada penyelaras dan jurulatih kawad terutama En Mohd Asri dan para pelajar yang telah berkorban masa dan tenaga untuk pertandingan ini. Semoga kegemilangan SMKPG2 akan terus bersinar sampai bila-bila.. aminn...



Pada 9 - 10 julai yang lalu, SMKPG2 telah membuat Hari Terbuka bagi membolehkan ibu bapa mengambil kad pelaporan pelajar bagi peperiksaan yang berlangsung pada bulan april hingga mei yang lalu. Pada 9 Julai diadakan Hari Terbuka untuk pelajar-pelajar cemerlang SMKPG2. Pada hari tersebut diadakan sedikit sesi motivasi dan taklimat ringkas tentang harapan dan cabaran yang perlu dipikul oleh pelajar-pelajar harapan SMKPG2 untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Pada 10 Julai pula diadakan Hari Terbuka untuk semua pelajar dari tingkatan 1 - 5. Lihat foto..




Road Safety Walk anjuran MPPG 2010

Pada 3 Julai 2010 yang lalu, pihak MPPG telah menjemput SMKPG2 untuk memeriahkan acara Road Safety Walk. Acara ini bermula pada pukul 7 30 pagi dari Dataran Taman Mawar hingga Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Acara yang julung-julung kali diadakan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abd Ghani Othman (tapi wakilnya sahaja...) dan disertai oleh seluruh penduduk daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan pihak MPPG. Antara acara yang dijalankan pada hari tersebut ialah:-

Demonstrasi Keselamatan Jalanraya
Kisah Kemalangan oleh mangsa kemalangan langgar lari
Ucapan wakil Menteri Besar
Acara penutup
Jamuan




Album Kenangan Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor 2010

Album Kenangan Perkhemahan Menengah Rendah 2010

Album Kenangan Kawad Formasi 2010

Peristiwa sepanjang April - Jun 2010

Maaf atas kesibukkan yang terlampau sehingga blog ini tidak dapat diupdate sehingga ke hari ini..
so inilah beberapa peristiwa yang tidak sempat dimuatkan.. selamat membaca!

10 April 2010
Pertandingan Kawad Formasi Peringkat Sekolah Tahun 2010

22 April 2010
Latihan Kebakaran 2010




Pelancaran Minggu Sains dan Matematik Peringkat SMKPG2
12 - 30 April 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang
SMKA Johor Bahru
27 Mei 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah tahun 2010
31 Mei - 30 Jun 2010

Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor
27 Jun 2010

Pertandingan Gubahan Bunga Hidup Anjuran MPPG
29 Jun 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
18 Mei 2010 - 26 Jun 2010

Mesyuarat Guru Kali ke 3
5 Julai 2010

Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2010
5 Julai - 9 Julai 2010

Sekitar Pertandingan Gubahan Bunga Hidup sempena Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang





SMKPG2 telah memenangi hadiah saguhati.
Berikut adalah keputusan keseluruhan pertandingan ini:-

tempat pertama
SMK Dato' Penggawa Timur

tempat kedua
SMK Taman Pasir Putih

tempat ketiga
SMK Dato' Penggawa Timur

Sekalung Tahniah kepada yang mengambil bahagian...

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.