Aplikasi Multimedia

Memaparkan catatan dengan label Kehilangan lagi 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehilangan lagi 2011. Papar semua catatan

Kehilangan lagi..

Untuk kesekian kalinya, SMKPG2 menerima perkhabaran sedih lagi di mana 7 orang guru akan ditukarkan ke sekolah lain. Hal ini berlaku kerana SMKPG2 telah mengalami penyusutan jumlah pelajar bagi tahun 2011 dan membawa kepada pengurangan jumlah guru. Guru-guru tersebut akan dihantar ke sekolah lain yang lebih memerlukan khidmat bakti mereka. Namun, guru-guru tersebut bukanlah guru-guru yang kurang cemerlang tetapi kriteria pemilihan adalah mengikut opsyen pengajaran yang telah mencukupi contohnya guru opsyen sains yang agak ramai di SMKPG2. Memang agak sedih bila terpaksa berpisah, namun perpisahan ini hanyalah jarak dan ruang tapi di hati kita tetap bersatu. Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada guru-guru tersebut. Semoga kecemerlangan anda di SMKPG2 akan berterusan di tempat baru... Terima kasih atas jasa baik dan pengorbanan anda di SMKPG2.. Kami akan merindui anda semua...

Pn Siti Nurul Ain binti Sapie
berpindah ke SMK Kota Masai 1

Puan Nor Akma
berpindah ke SMK Kota Masai 1

Puan Siti Aminah binti Hassan
berpindah ke SMK Pasir Gudang 1

En Razul Md Salmi bin Md Kassim
berpindah ke SMK Kota Masai 2

Cik Rozana binti Abd Kassim
berpindah ke SMK Kota Masai 1

Cik Hidayah binti Sanusi
berpindah ke SMK Pasir Gudang 1

Puan Rabiatul Adawiyah
berpindah ke SMK Taman Nusa Damai

...Semoga ikatan ukhwah kita tetap berpanjangan walaupun jarak memisahkan kita...

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.