Aplikasi Multimedia

Memori D'SMKPG2 bersama En Abd Wahid: Majlis Singgahmu Kuhargai, Budimu Kusanjungi...

Sekitar Majlis Pelancaran Kempen Membaca SMKPG2

Hayati Lagu : Membaca Gaya Wawasan..

Minggu Pelancaran Kempen Membaca SMKPG2

Pada hari ini, 1 Februari 2010 telah berlangsung Pelancaran Kempen Membaca Peringkat Sekolah anjuran Pusat Sumber dan Perpustakaan SMKPG2 bagi tahun 2010. Pelancaran ini disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Pn Nihayatun binti Razali. Kempen ini dijalankan dari bulan Januari hingga Oktober 2010 bagi menggalakkan para pelajar SMKPG2 untuk membaca dan melengkapkan buku NILAM masing-masing. Tema Kempen Membaca ini ialah "Membaca Memperkasakan Minda".

MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan menjadikan membaca amalan harian.

OBJEKTIF

1. Memupuk minat membaca secara berterusan.
2. Menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan mencari maklumat
3. Mengisi masa terluang dengan aktiviti membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku sepanjang tahun.

TENTATIF PROGRAM SEPANJANG TAHUN

KEM MEMBACA
1. Setiap kelas akan digilirkan untuk ke perpustakaan mengikut jadual relief yang ditetapkan.
2. Para pelajar dan guru perlu menghabiskan masa di Perpustakaan dengan aktiviti membaca.

CORET-CORET NILAM
1. Setiap buku yang dibaca perlu direkodkan dalam program NILAM

BICARA ILMU
1. Aktiviti perkongsian ilmu hasil pembacaan yang dilakukan oleh para pentadbir, guru-guru Pusat Sumber serta semua guru.
2. Para guru boleh menceritakan sinopsis buku tersebut kepada semua pelajar sewaktu perhimpunan berlangsung.


PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010

1. Perlantikan Pengawas Pusat Sumber sesi 2010

PONDOK BACAAN

1. Mewujudkan pondok bacaan di pondok-pondok wakaf
2. Menyediakan ruangan sudut berita akhbar setiap hari.

NOTIS PENTING: Amanat Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor

AMANAT TUAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI JOHOR.

1. Jumlah rumah sukan perlu ditambah, dari 4 rumah kepada 6 atau lapan. khusus kepada sekolah yang ramai murid, supaya penumpuan yang lebih diberi kepada individu pelajar.

2. Penggunaan sistem rumah sukan disekolah perlu diperluaskan kepada akademik dan kokurikulum. Keputusan johan rumah perlu dibuat pada akhir tahun setelah semua markah daripada bahagian itu dicampurkan.

3. Mengharapkan sekolah-sekolah dapat melahirkan lebih ramai "Student of the Year "( pelajar cemerlang semua bidang ). Selama ini kita hanya menumpukan kepada " Scholar of the Year"

Sekian, terima kasih.

Album Seuntai Kasih Ingatan Bersemi

Berkabung di atas Kemangkatan DYMM Sultan Iskandar

Pada tanggal 23 Januari 2010, rakyat negeri Johor telah dikejutkan dengan berita kemangkatan DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al haj. Khabar dukacita itu turut dirasai oleh semua warga SMKPG2. Oleh itu, kerajaan Johor telah mewartakan bahawa rakyat akan berkabung selama 7 hari bagi menghormati kemangkatan DYMM Sultan.

Pihak SMKPG2 telah membatalkan sekolah gantian yang sepatutnya diadakan pada 23 Januari yang lepas dan begitu juga aktiviti-aktiviti sekolah seperti Latihan Rumah Sukan, Latihan Kawad dan sebagainya.

Kami dari warga SMKPG2 ingin merakamkan setinggi takziah di atas kemangkatan DYMM Sultan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.. Al Fatihah..

Majlis Seuntai Kasih Ingatan Bersemi di Hotel Selesa

Majlis kedua buat tuan pengetua kita, En Abd Wahid Yahyin sempena persaraan beliau telah diadakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang pada 16 Januari yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh semua pengetua-pengetua daerah Pasir Gudang, Pegawai Pendidikan Daerah, rakan-rakan dan juga rakan seperjuangan En Abd Wahid. Lihatlah kemeriahan dan kegemilangan majlis meraikan persaraan tuan pengetua ini khas buat tatapan warga SMKPG2...






Sekitar Majlis Meraikan Persaraan Pengetua di Hotel Dorsett

Lihatlah gambar-gambar kenangan sekitar Majlis sempena meraikan Persaraan Pengetua SMKPG2, En Abd Wahid bin Yahyin yang diadakan di Hotel Dorsett, Pasir Gudang, Johor pada 9 Januari 2010. Kemeriahan, kegemilangan dan kesedihan dicantumkan bersama menjadikan majlis ini sangat bermakna kepada seluruh warga SMKPG2.
Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Pengetua...

Pesanan Pengetua..



PESAN PENGETUAMU

Dengan santun bahasa
minda tenang hati senang
insan guru itu sesungguhnya
pelangir waktu penyulam rasa
pencerna akal budi
penenun susila, mahir dan ilmu
pewaris amanah
pelestari kasih sejati
anak-anak pengukir zaman
pemacu masa depan.

(ii)

Aduhai putera puteriku
di ruang keramat bernama sekolah ini
usah kewalahan dan mudah pasrah
oleh rasa resah dan malu
oleh fikir picik dan keliru,
usah lagi bermimpi atau bersembunyi
di sebalik kegelapan minda dan hati
kerana cikgumu guru bestari
wasilah pengukuh jatidiri
sentiasa ada di sini
untuk digugu dan ditiru
pada setiap waktumu.

En Abd Wahid bin Yahyin

- Sumber dari blog pengetua : www.awayzha.wordpress.com khas untuk warga SMKPG2.. renung renungkanlah...

Bicara Pengetua Amanat 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
& salam sejahtera;

Selamat kembali bertugas kepada semua guru dan staf sokongan SMK Pasir Gudang (2) dan selamat datang kepada warga baru SMK Pasir Gudang (2) ke sesi persekolahan tahun 2010.

Kita akan meredah ”waktu sukar” sesi persekolahan 2010 sebagai salah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan semasa. Keperluan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan disiplin tahap tinggi, dan kekangan pelbagai sumber, termasuk pengurangan peruntukan untuk sesi 2010 mendorong kita menjadikan pernyataan ”Ranjau Diredah Peluang Dikerah” sebagai slogan untuk bertindak lebih bijaksana dan berhemah supaya kita tidak kewalahan dan ketinggalan dalam mengharungi arus perdana pendidikan negara.

Peranan dan pertanggungjawaban merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan kini turut diperkukuh dengan kewajiban melaksanakan SKPM, SPSK, MBMMBI dan pengenalan kepada NKRA dan KPI. Gagasan Top 5 (JPNJ) masih belum tercapai di peringkat peperiksaan PMR dan SPM, sementara prestasi di peringkat sekolah kita sendiri juga belum mencapai ETR yang disasarkan. Dengan demikian, sensitiviti, fokus dan komitmen tinggi dalam memperkasakan pelaksanaan ”program Headcount” dan audit akademik amat dituntut daripada kita semua, di samping meneruskan kelangsungan agenda-agenda lain yang juga memerlukan penglibatan menyeluruh kita semua.

Apa-apa pun yang dirancang dan dilaksanakan perlu mengambilkira faktor impak dan ’outcome’nya. Di samping melihat setiap masalah sebagai peluang dan mendepaninya dengan bersungguh-sungguh, kita juga perlu mncipta dan mengusahakan sebanyak mungkin peluang untuk menghidupi ”survival” mencapai visi dan misi kita bersama. Kita perlu menginsafi bahawa kemenjadian murid sebagai modal insan berminda kelas pertama menerusi kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah merupakan hak mereka yang mesti kita pelihara dan tunaikan, dan di sinilah nilai profesionalisme, integriti serta akauntabiliti kita menjadi pertaruhannya.

Tugas itu amanah untuk dituntaskan. Tanggungjawab itu hutang untuk dilunasi. Kesemuanya memerlukan sentuhan kreativiti dan inovasi. Pesanan itu ingatan untuk diendahkan. Garis panduan itu sumber rujukan untuk dipatuhi. Apa-apa pun alasannya, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Hormati kepatuhan, keteraturan dan kepedulian. Kegagalan kita memahami, menghayati dan melaksanakan fungsi kehadiran kita di dalam profesion keguruan ini sesungguhnya mendatangkan kerugian besar kepada negara.

Semoga kita perihatin dengan ekspektasi tinggi yang diletakkan kepada kita dan menginsafi betapa kehadiran kita yang berkesan amat diperlukan di sekolah ini. Sesungguhnyalah masa depan organisasi dan anak didik kita turut bergantung kepada transformasi kecemerlangan sentuhan keperkasaan dan kewibawaan insan guru dalam diri kita sendiri.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, terima kasih.

Jamuan High-tea di anjuran KEBIRU

Jamuan High-Tea anjuran Kebiru telah diadakan di Hotel TS Taman Scientex pada 31 Disember 2009. Lihatlah kemeriahan majlis ini dengan gambar-gambar kenangan di bawah ini..


Pengacara Majlis pada hari itu En Razul dan Pn Siti NurJannah




Wajah-wajah warga SMKPG2

Wajah-wajah Cemerlang PMR!

Keputusan PMR yang telah diumumkan pada 24 Disember 2009 telah memberi kesan positif kepada warga SMKPG2. Seramai 5 orang pelajar berjaya mendapat 8A dan 7A (mengambil 7 matapelajaran sahaja). Kami bagi pihak warga SMKPG2 sangat berbesar hati ingin mengucapkan TAHNIAH! kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik. Berikut adalah senarai nama pelajar dengan keputusan mereka yang membanggakan.. Bagi calon PMR 2010.. bersedialah dari sekarang....
Selamat Maju Jaya...

Pelajar 8A

Nur Faziera binti Yusuf
Nurul Humaira binti Muzammir
Nurul Safwa binti Zakaria
Nurunafisah binti Hassan
Kuharupini A/P Mohan

Pelajar 7A 1B

Mastuurah binti Helmee
Nurul Atikah binti Mohd Amin
Muhammad Haniff Akmal bin Abdul Rahman
Rofina AK David
Erni Fazira binti Sulaiman
Mohamad Fazlee bin Razak
Mohamad Nariszaidi bin Hisam

Pelajar 6A 2B

Noor Fareeza Juliana binti Abdul Wahab
Khairul Hamizi bin Azli
Sumaduhah binti Shaharon
Pang Jie Wei

...Sekalung tahniah buat yang berjaya....
















MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.