Aplikasi Multimedia

Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM

Pada 15 dan 16 mei yang lalu SMKPG2 telah menerima jemputan untuk menghadiri Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM. Seramai 2 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan bagi memberi latihan bagaimana untuk menggunakan aplikasi penceritaan (Movie Maker) dan penyuntingan audio (Audiocity) bagi menghasilkan karya/tayangan pendek. Bengkel ini juga menganjurkan pertandingan yang berakhir pada 15 Julai 2010. Hadiah lumayan menanti pemenang sehingga RM 5000! so sesiapa yang berminat untuk menyertainya sila hubungi Pn Nor Liana Aniza bt zaini untuk mengetahui syarat pertandingan dan latihan intensif. Semua warga SMKPG2 dialu-alukan untuk menyertainya....
Yang bestnye.. smpt lagi peserta bengkel dan fasilitator menyambut Hari Guru. Thanks to all Fasilitator from ITU UUM 4 the celebration!
Lihat Foto....


Penghargaan kepada AJK PIBG SMKPG2

Tahniah kepada AJK PIBG SMKPG2 yang telah bersama-sama memeriahkan majlis penutupan rasmi MSSM yang diadakan di Stadium Johor Baharu pada 21 Mei yang lalu. Semoga penglibatan AJK PIBG SMKPG2 tidak hanya berlangsung di dalam sekolah tetapi juga di semua acara-acara rasmi sekolah. Syabas kami ucapkan!

Bengkel Robotik bersama Jurulatih Johor En Adam Ehsan

Bengkel Robotik ini diadakan pada 20 April 2010 yang lalu anjuran Kelab ICT SMKPG2. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada team robotik SMKPG2 bagi memulakan cabaran baru bagi tahun 2010 iaitu cabaran Vertical Limit. Pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada 27 Jun 2010 di Persada Johor. Semoga team robotik SMKPG2 akan menempa kejayaan lagi seperti tahun lepas. Good Luck!

Selayang pandang.. Sambutan Hari Guru di SMKPG2



Cik Hazanah, Pn Junaidah, Cik Irmafizuera (pemenang pakaian terbaik heheh), Pn Zurairah n Pn Zakiah. Melaram di Hari Guru..


...Always happy and georgeos, PG2's Beuty Contest heheh Pink Theme ...



srikandi PG2.. umpphh.. heheh






Pn Warda dgn persembahan khasnya.. syahdu...

SELAMAT HARI GURU 2010


Kempen PIBG SMKPG2 2010

Pihak PIBG SMKPG2 telah mengadakan kempen menderma yang dilancarkan pada 17 April 2010 iaitu pada Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah yang lalu. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar dan ibu bapa serta anggota masyarakat untuk menderma sama ada satu rim kertas, satu perabot atau satu buku untuk kegunaan sekolah. Hal ini kerana pihak sekolah memerlukan bantuan dari pihak ibu bapa dan anggota masyarakat bagi menampung kos pengurusan sekolah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi


Pn Ramlah binti Talib (Setiausaha PIBG SMKPG2)

di talian : 0197906947

Album Kenangan Telok Gorek 2010

SELAMAT HARI IBUUU....

IBU.. IBU.. ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA KU BERDUKA..
ENGKAU HIBURKAN SELALU..
IBU.. IBU.. ENGKAULAH RATU HATIKU..


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU WARGA SMKPG2..
SEMOGA KASIH SAYANG KITA BERPANJANGAN BUKAN SAHAJA DI RUMAH MALAH DI SEKOLAH JUGA KERANA PELAJAR-PELAJAR KITA JUGA MERUPAKAN ANAK-ANAK DIDIK KITA..


Perkhemahan Bersepadu 2010

Pada 7 mei - 9 mei yang lalu telah berlangsung satu lagu acara bersejarah dan merupakan acara tahunan SMKPG2. Program Perkhemahan Bersepadu Sekolah tahun 2010 telah dijalankan yang bertempat di Telok Gorek, Mersing. Program yang diterajui oleh Unit Ko Kurikulum SMKPG2 telah membawa 80 orang pelajar dan lebih 30 orang guru meneroka dan mengamati keindahan Telok Gorek serta menempuh pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar. Banyak yang telah dilaksanakan di sana seperti Jungle Tracking, LDK, Aktiviti Berkumpulan, Water Confidence, Berkayak, dan yang paling best ialah War Game. Pelbagai kenangan pahit manis yang telah dilalui dan memberi 1000 kenangan kepada peserta. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.. Syabas kepada tenaga pelaksana program ini.

Kredit ditujukan untuk:
Pn Warda Ismail (Penasihat)
En Asri (Penyelaras)
Pn Haslina(Penyelaras)
En Rashid(Kem Komander)
Cik Noramizah Omar (Penyelaras)
En Azrol
Cik Irmafizuerra
Pn Mulia
En Firdaus
En Adha
Pn Hamidaton
Pn Faridah Hanim
Pn Nor Liana Aniza
Pn Salbiah
Pn Esma
Cik Rafidah
Barisan Fasi (Klu nk tulis sume xmuat page.. heheh so yg tk tertulis tu harap maaf) Tahniah!

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.