alamat
smk pasir gudang (2)
Jalan mawar putih, taman mawar
81700 pasir gudang
johor
tel: 07 - 2523955 faks : 07-2551755
VISI
SMK PASIR GUDANG (2) SEBAGAI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
SEJARAH SEKOLAH
Ditubuhkan pada Disember 1993, SMK Pasir Gudang (2) pada awalnya menumpang di bangunan SMK Pasir Gudang. Bermula dengan sekolah satu sesi, Pada 25 April 1995 SMK Pasir Gudang (2) mula beroperasi di bangunan sendiri . Kini mengorak langkah dalam menjadikan SMK PG(2) sebagai salah sebuah sekolah yang dikenali dan tersohor di Pasir Gudang.
Sejak tahun 1996 sehingga kini dua sesi persekolahan telah diwujudkan. Sekolah ini mula menerima calon PMR pada tahun 1995 dan calon SPM pada 1997. Manakala calon SPTM pula buat julung kalinya pada tahun 2004. Prestasi akademik sekolah terus memberangsangkan apabila pencapaian PMR dan SPM terus meningkat dari tahun demi tahun dari segi kualiti dan kuantiti.
Dalam bidang ko kurikulum juga, sekolah ini juga banyak terlibat dengan aktiviti peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. SMKPG2 terus unggul dalam perkembangan prasarana yang kini mempunyai surau, dewan, astaka, tandas terbuka dan pondok rehat.
Sepanjang 20 tahun penubuhannya, SMK PG(2) telah diterajui oleh 4 orang pengetua iaitu Tn Hj Selamat, En Lim, En Abd Wahid Yahyin dan kini diterajui pula oleh Pn Hjh Zainab Johari. Semoga SMKPG2 terus melebarkan sayapnya menjadi sekolah terunggul dan berprestasi tinggi bukan sahaja di daerah Pasir Gudang malahan di peringkat Malaysia.
PENERANGAN LOGO
MERAH - Keberanian dan kegigihan menghadapi cabaran
HIJAU - Kemakmuran negara menjadan usaha membangunkan jati diri rakyat
KUNING -Penghormatan dan ketaatsetiaan pada raja dan negara dan kepatuhan pada undang-undangnya.
PUTIH - keikhlasan dan kejujuran serta kemurnian budi bahasa
IMEJ BUKU - pengusahaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang menjadi keutamaan warga sekolah ke arah melahirkan generasi berilmu dan bermaklumat.
IMEJ BULATAN - kebetulan tekad dan semangat ke arah masa depan Negara yang aman, damai dan makmur.
IMEJ KELOPAK - Mawar merah kesepaduan upaya seluruh warga sekolah dari pelbagai kaum ke arah mewujudkan masyarakat harmonis dan bersatu padu.
IMEJ KELOPAK MATA - Sentiasa berpandangan jauh ke arah pencapaian visi dan misi sekolah yang didukung secara bersama demi membina Negara maju selaras dengan aspirasi Wawasan 2020.
IMEJ RODA INDUSTRI - Kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi menjana aspirasi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang industri.
ENROLMEN PELAJAR
PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN DI SMKPG(2)
TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3
B.Melayu
B.Inggeris
Matematik
Sejarah
Geografi
Pendidikan Islam
Sains
Kemahiran Hidup
- Ketukangan
- Pertanian
- Perdagangan
- ERT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan