Aplikasi Multimedia

KEM PERKHEMAHAN KRS 2015

Tarikh:  24-25 April 2015 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat:  SMK Pasir Gudang (2)
Sasaran: 43 orang ahli KRS
Tujuan:  Kenaikan pangkat Lans Koperal dan Koperal
 


 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

KALI KE-21

Tarikh:  23 April 2015 (Khamis)
Masa:  8.00am-1.30pm
Tempat:  Padang SMKPG (2)
Perasmi:  En. Razaudin bin Radzak
               Ketua Unit Pembiayaan,
         Bank Rakyat, Masai
 












 

 
KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2015
 
Tarikh:  16-17 April 2015
Tempat:  Tiram Indah Village
Kelolaan: Unit Bimbingan dan Kauseling
Kerjasama:  Pusat Sumber Sekolah dan Majlis Ketua Tingkatan
Sasaran Pemimpin:  PRS, Pengawas PSS dan Ketua/Penolong Tingkatan
 
 
 
 
 
 



Peristiwa sepanjang Januari hingga Mac

...Diari sekolah...

Ringkasan aktiviti dan peristiwa sepanjang bulan Januari hingga Mac 
di SMK Pasir Gudang (2)

Blogmaster ringkaskan aktiviti-aktiviti ini krn kalau nak masuk semua gambar memang blogmaster tak cukup masa... 

Nanti blogmaster akan buletinkan juga beberapa peristiwa penting untuk tatapan semua..
so enjoy..!!!!

Januari 

Sesi persekolahan bermula - Rabu (2 Januari 2013)
Mesyuarat Agung Unit Ko kurikulum - Sabtu (12 Januari 2013)
Majlis Watikah Lantikan Pengawas 2013 - Isnin (14 Januari 2013)
Kursus Pengurusan dan Pengendalian Sukan Permainan 2013 - Sabtu (19 Januari 2013)
Majlis Watikah Lantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan - Isnin (21 Januari 2013)
Mesyuarat Agung PIBG 2013 - Sabtu (26 Januari 2013)


Februari

Kursus Kepimpinan Peringkat Sekolah Siri I  -  Jumaat dan Sabtu (1-2 Februari 2013)
Watikah Lantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 
Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah dan
Pelancaran Bulan Teknik Vokasional 2013 - Isnin (4 Februari 2013)
Kursus Kepimpinan Unit Ko Kurikulum 2013 - Sabtu (16 Februari 2013)
Pelancaran Program 3K Peringkat Sekolah 2013 - Isnin (18 Februari 2013)
Sambutan Maulidur Rasul - Sabtu (23 Februari  2013)
Kem Kepimpinan Peringkat Sekolah Siri II 2013 - Jumaat dan Sabtu (22 - 23 Februari 2013)
Majlis Watikah Lantikan PSS dan PRS - Isnin (25 Februari 2013)


Mac

Pelancaran Bulan Sains Matematik 2013 - Isnin (4 Mac 2013)
Penilaian Kurikulum 1 2013 - Isnin - Khamis (5-7 Mac 2013)
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah dan Program Explorace - Sabtu (16 Mac 2013)
Kem Sukan ke Gua Tempurung, Perak  dan Perkhemahan Unit Uniform - Jumaat-Ahad (22-24 Mac 2013)

Banyak program hebat yang telah dilaksanakan dengan jayanya di PG2...

PG 2 d Great..!!!!

Festival Layang-Layang sedunia 2013

Acara tahunan yang diadakan di Pasir Gudang iaitu Festival Layang-Layang Sedunia kini kembali lagi...

SMKPG2 tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam beberapa acara pertandingan yang dianjurkan pada Festival Layang-Layang Sedunia 2013...

Acara yang disertai ialah:

Acara Melukis Wau
Acara Membuat Wau 

dan keputusannya...

SMKPG(2) Juara Acara Melukis Wau

dan 

SMKPG(2) Juara Acara Mencipta Wau Paling Kreatif...

Tahniah kepada guru pembimbing.. Pn Ramlah Talib..





Ragbi MSSD Pasir Gudang 2013

Pertarungan sengit jaguh-jaguh ragbi daerah Pasir Gudang bermula...!!

Kejohanan Ragbi MSSD Peringkat Daerah Pasir Gudang

Tempat :  Padang SMKPG(2)
Tarikh : 25 Februari - 27 Februari 2013

Nampaknya tahun ini persaingan semakin sengit dan keputusan akhirnya...
Kali ini SMKPG2 tidak dapat mengekalkan kejuaraan apabila tewas dengan juara baru.

Lihat keputusan dibawah:-

Johan
SMK TAMAN RINTING 

Naib Johan
SMK PASIR GUDANG (2)

Tempat ke 3
SMK PASIR GUDANG (3)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... Jumpa lagi tahun hadapan..!!


Kehilangan yang tiada gantinya...

" ..... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan  ..... "

Kenyataan yang pasti dalam kehidupan.. Kali ini SMKPG(2) kehilangan seorang lagi guru cemerlang dan banyak menabur bakti kepada kami...

SMKPG(2) kehilangan PN HJH ZURIATI ABD RAZAK 
selaku Guru Cemerlang Pendidikan Islam 
yang dapat berpindah semula ke kampung halamannya di Terengganu.

Terlalu banyak jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Pn Hjh Zuriati di sekolah ini dan terlalu banyak kenangan yang sempat dirakamkan di sini. Blogmaster sendiri rasa sangat kehilangan dan kekurangan apabila  hilangnya beliau di sini namun hanya Allah yang tahu ketetapan yang terbaik untuk hambaNya...

Blogmaster dan juga semua warga SMKPG(2) mendoakan agar Pn Hjh Zuriati Abd Razak sentiasa dalam rahmat Allah sentiasa dan lebih ceria, bahagia dan gembira di samping keluarga tercinta di sana.

Jamuan perpisahan diadakan pada 1 Mac 2013 dan para guru berkesempatan memberikan sedikit cenderamata kepada beliau. Walaupun hadiah kami tidak setimpal dengan jasa kak zue kepada kami, namun doa kami agar kak zue akan sentiasa berjaya dan bahagia di sana....

Pergimu tiada ganti.... namun kami sentiasa mendoakan kejayaan anda disana... Terima kasih atas segala bakti yang pernah dicurahkan di bumi SMKPG2 ini...





Pn Hjh Zuriati Abd Razak...
Kehilanganmu tiada galang gantinya.....








 Acara penyampaian cenderamata dari guru-guru...

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.