Aplikasi Multimedia

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Istimewa Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Gong Xi Fat Choy...



Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga SMKPG2.. Semoga kehadiran Tahun Harimau ini membawa tuah kepada kita...

Kejohanan Sukan SMKPG2 kali ke 16

Tarikh keramat 11 Februari 2010 telah berlangsung acara sukan peringkat sekolah SMKPG2 kali ke 16. Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar Maybank cawangan Masai dan dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat seperti wakil-wakil PIBG SMKPG2, pengetua-pengetua sekolah kawasan pasir gudang, wakil-wakil pengetua, ibu bapa dan para pelajar SMKPG2. Acara dimulakan tepat pada jam 8 pagi apabila perasmi kejohanan tiba dan memeriksa perbarisan rumah-rumah sukan serta badan beruniform yang terlibat. Kemudian acara menaikkan bendera kejohanan dan seterusnya perasmian hari kejohanan. Acara-acara yang berlangsung pada hari tersebut ialah acara 4 x 400 m lelaki, acara 100m, acara 4 x 50m (KKBP), acara tarik tali, acara khemah tercantik dan beberapa acara lain.

Pemenang bagi acara perbarisan rumah sukan ialah rumah baiduri manakala badan beruniform dimenangi oleh KRS. Juara keseluruhan bagi acara sukan diungguli oleh rumah baiduri dgn 27 emas diikuti oleh rumah zamrud dengan 17 emas, Rumah nilam dengan 16 emas manakala rumah delima dengan 14 emas. Syabas kepada yang berjaya... yang kurang cemerlang kita cuba lagi tahun hadapan... Selamat Maju Jaya!...

ps: Keputusan keseluruhan akan diupload selepas ini.. tunggu...

Sukantara dan Acara Akhir Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah kali ke 16

Sukan.. sukan... sukan... Kemeriahan sukan SMKPG2 bermula dengan acara sukantara yang diadakan pada 1 februari hingga 2 februari yang lalu. Kemudian kemeriahan acara sukan ini diteruskan dengan Acara Akhir yang diadakan pada 3 februari dan 5 februari yang lalu (memandangkan 4 februari diambil untuk Sambutan Lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke SMKKM).
Bagi acara sukantara pemenang tempat pertama ialah Rumah Zamrud dan tempat kedua ialah Rumah Nilam. Bagi Acara Akhir Pasukan Rumah Baiduri menggungguli tempat pertama dengan catatan 17 emas, Rumah Zamrud 15 emas, Rumah Nilam 14 emas dan Rumah Delima 9 Emas. Lihat sahaja kemeriahan Sukantara dan Acara Akhir sukan sekolah Kali ke 16... Jom Layannn....




Gaya petugas lelaki: Rozinizan, Asri dan Rashid




Gaya petugas wanita : inilah tulang belakang hari sukan SMKPG2.. tahniah!

(Iklan: sambutan hari jadi Pn Surieyani ...)

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.