Aplikasi Multimedia

Kempen 3K-Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan SMKPG2

Pada 19 April 2010 telah dilancarkan Kempen Kesedaran 3K peringkat sekolah. 3K merangkumi keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan untuk seluruh kawasan dan warga SMKPG2. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:

i) Pertandingan Keceriaan/Kebersihan Kelas
ii) Pertandingan Kehadiran Terbaik
iii) Progran 5 minit Denggi
iv) Skuad Denggi
v) Ceramah Kesihatan
vi) "Candid" Pelajar Kemas dan Rapi
vii) Keceriaan Premis: Kantin/Tandas/Bangunan
viii) Kempen Keselamatan.

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

Majlis Anugerah Cemerlang Sek Men Pasir Gudang 2 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2010 yang lalu. Majlis yang diadakan dengan kerjasama PIBG ini dirasmikan oleh Penolong Pengurus Johor Port, En Nik Aziz bin Nik Hassan. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Mantan Pengetua SMKPG2, En Abd Wahid bin Yahyin dan Wakil YDP PIBG SMKPG2 En Mohd Nor bin Rahidin. Acara bermula dengan kehadiran jemputan kehormat dan diraikan dengan tarian zapin dari Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMKPG2.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Adha dan disusuli dengan persembahan koir SMKPG2. Acara rasmi diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pemangku pengetua merangkap guru penolong kanan pentadbiran Pn Hjh Majlah binti Ayub diikuti oleh ucapan dari wakil PIBG. Majlis ini dilengkapkan lagi dengan ucapan perasmian oleh En Nik Aziz bin Nik Hassan yang banyak memberi perangsang kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah. Beliau menegaskan supaya kecemerlangan yang diperolehi hari ini berterusan dan jangan mudah terpengaruh dengan perilaku sosial yang semakin hari semakin membimbangkan hari ini.


Majlis ini memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun 2009, pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM 2009. Selain itu, diserikan juga anugerah kepada guru-guru yang telah mencapai kecemerlangan sama ada kecemerlangan panitia, kecemerlangan ko kurikulum dan kurikulum. Sebanyak 92 anugerah telah disempurnakan dalam majlis ini. Majlis berakhir pada pukul 12 tengah hari.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru dan mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Syabas diucapkan dan semoga kerjasama ini akan berpanjangkan untuk tahun-tahun akan datang...











Album kenangan Kem Kepimpinan Pelajar 2010

Notis Penting: Hari Anugerah Kecemerlangan SMKPg2

Sebagai makluman. Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sek Men Keb Pasir Gudang 2 akan diadakan mengikut butiran di bawah:

Tarikh: 17 April 2010

Masa: 8 00 pg - 2 ptg

Tempat : Dewan Mawar Gemilang

Sehubungan dengan itu para ibu bapa dan pelajar yang terlibat dimestikan hadir bagi meraikan serta memeriahkan majlis tahunan ini. Semoga kecemerlangan akademik dan co akademik akan sentiasa mewarnai kegemilangan SMKPG2. Syabas!

Pertandingan Kawad Kaki Formasi Peringkat SMKPG2 tahun 2010

Pertandingan Kawad Kaki Formasi Peringkat Sekolah SMKPG2 kembali lagi! Sebanyak 5 platun telah mengambil bahagian di antaranya ialah Platun Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap Laut, PBSM dan Kadet Remaja Sekolah. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam mempelajari teknik kawad formasi yang betul serta memilih pasukan terbaik untuk dihantar ke Pertandingan Kawad Formasi Peringkat Daerah.

Keputusan penuh pertandingan ialah:

Tempat Pertama
Platun Kadet Polis

Tempat Kedua
Platun Pengakap Laut

Tempat ketiga
Platun Kadet Remaja Sekolah

Tempat keempat
Platun Kadet Bomba

Tempat Kelima
Platun PBSM

Ketua Platun Terbaik
Siti Khadijah bt Agus Salim
Kapten Kadet Polis

Juri pada kali ini adalah dari Pasukan Rela Daerah Pasir Gudang. Kriteria yang diambil kira untuk memilih pemenang ialah dari aspek kekemasan, gaya, pakaian, kesepakatan, kredibiliti ketua platun dan dedikasi ahli platun. Sekalung tahniah dan syabas kepada guru-guru pembimbing dan pasukan yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya kemaskan lagi pasukan anda! tahniah dari kami...



Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua-ketua Pemimpin Unit Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2010

Pada tarikh 2 - 3 April 2010 telah dijalankan satu Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Pengawas dan Disiplin SMKPG2 dan Unit Kaunseling SMKPG2. Kem ini dihadiri oleh semua pengawas sekolah dan Pengerusi-pengerusi setiap badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan SMKPG2 tahun 2010. Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengembangkan dan membentuk sahsiah diri serta sikap kepimpinan dalam diri masing-masing.

Acara bermula dengan pendaftaran yang dijalankan pada pukul 4 00 - 6 00 pada hari jumaat tersebut. Kemudian pada sebelah petang diadakan aktiviti berkumpulan bagi memastikan pelajar-pelajar dapat bekerja secara kolaboratif. Pada sebelah malam diadakan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan.

Pada keesokan harinya pula slot diisi oleh kaunselor dari Al Falah Consoltation. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dan mendapat sambutan hangat dari para peserta. Kemudian slot terakhir diisi dengan ceramah dari penceramah Al Falah.

Majlis Perasmian dan Penutup pula diadakan pada pukul 4 00 petang. Semoga semua peserta mendapat pelbagai faedah dan pengetahuan dari kursus ini.


MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.