Sekali lagi PG2 akan kehilangan beberapa orang tonggak utama di PG2. Guru-guru ini sudah berkhidmat lama di PG2 dan kini giliran mereka pula akan meninggalkan PG2. Kesedihan yang sungguh menyayat hati ini agak sukar untuk diterima namun di sebalik kesedihan ini juga tersembunyi hikmat dan kegembiraan kerana mereka ini akan meneruskan perjuangan di tempat baru pula.
Kami warga SMK PG2 ingin mengucapkan Selamat Tinggal dan Selamat Maju Jaya kepada guru-guru yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan SMK PG2 selama guru-guru ini berkhidmat di sini. Semoga anda semua akan terus cemerlang di sana.
Mereka-mereka ini ialah:-
1. En Mohd Asri bin Mohd Sari 2. Puan Busra Aini binti Saad 3. Puan Zalina binti Atan 4. Puan Siti Nurjannah bte Mohd Hamdi
Dapatan dari mesyuarat guru kali ke 5 yang diadakan pada 8 November yang lepas, terdapat beberapa perubahan serta penambah baikan dalam pentadbiran dan pengurusan di SMK PG2 bagi tahun 2011. Di antara perkara-perkara penting yang ingin dikongsikan bersama ialah:-
1. Mulai Januari 2011, pelajar tingkatan 3 akan bertukar kepada sesi pagi. Maka hanya tingkatan 1 dan 2 sahaja yang berada di sesi petang.
2. 14 orang guru sesi petang akan berpindah ke sesi pagi. Senarai terkini akan dimasukkan kemudian.
3. Waktu tamat persekolahan bagi pelajar sesi pagi akan dilanjutkan iaitu kelas biasa akan pulang pada pukul 1 50 manakala kelas peperiksaan waktu pulang ialah pada pukul 2 20 petang.
4. Bilik Hal Ehwal Murid akan beroperasi sepenuhnya di bilik yang sebelum ini dijadikan bilik rawatan. Penolong Kanan HEM juga akan berpindah ke bilik tersebut.
5. Mulai tahun 2011, slip gaji guru perlu dicetak sendiri oleh guru melalui laman web rasmi yang akan diberitahu kelak. Slip itu hanya akan tersimpan selama 6 bulan sahaja dan dilupuskan selepas tempoh tersebut. Oleh itu, setiap guru bertanggungjawab mencetak slip gaji mereka bagi tujuan penyemakan.
Berikut adalah perjawatan terkini beberapa jawatan penting di SMK Pasir Gudang 2 kerana terdapat beberapa perubahan struktur pentadbiran di sekolah ini. Diharapkan agar dengan adanya organisasi baru di SMK Pasir Gudang 2, sekolah ini akan lebih gemilang, terbilang dan cemerlang di masa hadapan.
Pengetua Puan Hajah Zainab binti Johari
Pen Kanan Pentadbiran Puan Nihayatun binti Razali
PK Hal Ehwal Murid Tuan Hj Sukor bin Jait
PK Ko Kurikulum Pn Surieyani binti Samsudin
PK Petang Puan Hjh Hasnah binti Ahmad
Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik Puan Hamidaton binti Suffian
Guru Kanan Bidang Bahasa Puan Ruziyah binti Misran
Guru Kanan Bidang Sains Sosial Puan Rubiah binti Nasir
Guru Kanan Bidang Teknik Vokasional Puan Muslimah binti Jirin
Keputusan percubaan yang lepas telah memberikan impak besar dalam persediaan guru-guru serta pelajar-pelajar SMKPG2 menghadapi debaran SPM yang bakal tiba. Oleh itu, barisan pentadbir dan guru-guru akademik SPM SMKPG2 telah merancang dan melaksanakan pelbagai program pemantapan dan program kecemerlangan sebagai pecutan akhir kepada pelajar-pelajar untuk persediaan SPM tahun 2010. Di antara program yang diadakan ialah:
Program Peningkatan Prestasi SPM mengikut Mata pelajaran tarikh: 11 Oktober -15 Oktober 2010
Program Bengkel Pemantapan Teknik Menjawab mengikut Mata pelajaran 15 Oktober - 19 Oktober 2010
Program Gerak Gempur SPM 2010 22 Oktober - 6 November 2010
Program Pantang Pelajar SPM 2010 8 Oktober - 19 November 2010
Akhirnya.. perjuangan yang selama ini ditunggu telah pun tiba.. Kini tibalah giliran pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Pasir Gudang 2 untuk menghadapi pertempuran mereka iaitu PMR 2010.
Kami warga SMKPG2 ingin mengucapkan "SELAMAT MAJU JAYA" buat semua calon-calon PMR SMK PG2 Semoga berkat usaha dan tawakal.. Kejayaan pasti dapat dicapai. Bersama-samalah kita meningkatkan kecemerlangan diri dan sekolah tersayang,,
Seperti lazimnya tahun-tahun yang lalu, warga SMKPG2 mengambil inisiatif bagi memeriahkan bulan syawal yang mulia ini dengan aktiviti Marhaban. Aktiviti ini dijalankan selepas waktu PnP dan lokasinya ialah Rumah-rumah Guru sMKPG2 sekitar Pasir Gudang. Aktiviti sebegini amatlah baik kerana dapat mengeratkan lagi muhibbah di antara warga SMKPG2.
Diharapkan aktiviti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.. JOM MARHABAN!!!
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpahan kurnia dan keizinan-Nya, blog SMKPG2 ini dapat dibangunkan. Upaya memanfaatkan ICT dalam pengurusan pendidikan memang menjadi tuntutan sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyokongnya dengan melahirkan warga sekolah yang celik ICT dan dapat mengaplikasikannya dalam pengurusan pendidikan di sekolah ini.
Blog ini diyakini mampu menjadi wadah komunikasi dan informasi dalam kalangan warga Sek Men Keb Pasir Gudang (2), dengan setiap warga pendidik dan pelajar SMKPG2 sentiasa bersatu dan proaktif dalam memainkan peranan menyebarkan ilmu dan maklumat secara digital dengan lebih cepat, tepat dan berkesan.
Semoga kewujudan blog ini dapat memperteguh aspirasi dan komitmen warga sekolah ini dalam membawakan kejayaan lebih gemilang untuk masa hadapan SMKPG2.
Sekian, terima kasih.
Misi dan Visi Sekolah
VISI SEKOLAH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.