Aplikasi Multimedia

Tempur PMR 2010!

Akhirnya.. perjuangan yang selama ini ditunggu telah pun tiba..
Kini tibalah giliran pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Pasir Gudang 2 untuk menghadapi pertempuran mereka iaitu PMR 2010.

Kami warga SMKPG2 ingin mengucapkan
"SELAMAT MAJU JAYA"
buat semua calon-calon PMR SMK PG2
Semoga berkat usaha dan tawakal.. Kejayaan pasti dapat dicapai.
Bersama-samalah kita meningkatkan kecemerlangan diri dan sekolah tersayang,,

Marhaban@PG2 kembali lagi!

Seperti lazimnya tahun-tahun yang lalu, warga SMKPG2 mengambil inisiatif bagi memeriahkan bulan syawal yang mulia ini dengan aktiviti Marhaban. Aktiviti ini dijalankan selepas waktu PnP dan lokasinya ialah Rumah-rumah Guru sMKPG2 sekitar Pasir Gudang. Aktiviti sebegini amatlah baik kerana dapat mengeratkan lagi muhibbah di antara warga SMKPG2.

Diharapkan aktiviti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang..
JOM MARHABAN!!!




Kenangan abadi bersamamu..

Sedih.. Rindu.. dan pelbagai perasaan dapat dirasai pada hari ini apabila diumumkan bahawa tiga orang pendidik senior di SMKPG2 akan meninggalkan sekolah ini.. Mereka yang maksudkan ialah Puan Wardah Ismail, Puan Faridah Hanim Achok dan Puan Normah Abu Hassan. Mereka semua akan memulakan tugas di sekolah baru bermula pada minggu ini. Mereka ini telah bertugas di sekolah ini lebih dari 10 tahun. Banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka taburkan di sekolah ini. Doa dan harapan kami agar ketiga-tiga guru ini akan mencapai kejayaan dan meningkatkan kegemilangan di sekolah baru.

Puan Wardah akan berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Nusa Damai.
Puan Faridah Hanim akan berkhidmat sebagai Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik di SMK Nusa Damai
Puan Normah Abu Hassan akan berkhidmat sebagai Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional di SMK Tanjong Puteri Resort.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan ingatan yang tidak akan putus buat mereka yang telah meninggalkan SMKPG2 untuk bertugas di tempat baru. Semoga ikatan dan ukhwah persaudaraan kita tidak akan terlerai.
Kami juga berharap agar kesemua guru-guru ini akan berjaya dan cemerlang.

..TERIMA KASIH DARI KAMI...



Ucapan akhir dari Puan Warda Ismail



Ucapan akhir dari Puan Faridah Hanim Achok

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Usai sudah kita meniti hari yang penuh bersejarah buat tanah air kita Malaysia. Kini tiba pula hari penutup bagi bulan kemerdekaan yang telah dilancarkan pada 2 Ogos 2010 yang lalu. Kemeriahan dan semangatnya memang terasa di kalangan warga SMKPG2. Manakan tidak, kibaran jalur gemilang telah memeriahkan bumi PG2 sejak awal Ogos lagi walaupun di kala itu bulan puasa sudahpun menjelma.

Majlis yang diadakan di Dewan Mawar Gemilang ini dipengerusikan oleh Puan Hazlinda Hamzah. Pelbagai acara telah diadakan di antaranya ialah:
Tayangan Persembahan
Ucapan Guru Kanan Bidang Sains Sosial
Penyampaian hadiah pertandingan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
Ucapan Pengetua
Nyanyian Lagu Jalur Gemilang

Juga diselitkan di dalam majlis ini, ucapan dan amanat akhir guru-guru yang akan berpindah iaitu Puan Wardah Ismail dan Puan Faridah Hanim serta Puan Normah Abu Hassan (beliau tidak dapat hadir kerana bertugas)

Semoga semangat cintakan tanah air dan juga sekolah kita akan terus membara di hati warga SMKPG2..


Salam eid al mubarak



..SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA WARGA SMKPG2..
Semoga di bulan yang mulia ini akan dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara kita semua. Buang segala sengketa dan permusuhan. Semoga kita semua dapat bekerjasama dan melahirkan lebih ramai bakal-bakal pemimpin di masa akan datang.

SMKPG2 GEMILANG!...

Tenaga Pengajar SMKPG2 2010

Program Iftar Jama'ie, Solat Hajat dan Solat Terawih SMKPG2

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Selain berlangsungnya ibadah puasa, umat islam juga berlumba-lumba meningkatkan amalan yang pahalanya berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, pada 21 Ogos 2010 yang lalu telah berlangsung satu program tahunan anjuran MAKDIS, Tingkatan 6, PIBG SMKPG2 dan KEBIRU. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan juga ibu bapa.


Sejak pukul 4 00 petang lagi, program ini telah dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar. Seramai lebih 300 orang pelajar terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 dan lebih 100 orang jemputan telah berjaya menghadirkan diri ke program ini. Kemudian solat Asar secara berjemaah di surau Al Mutaqqin diimamkan oleh En Mohd Azrol b Yusof. Pada pukul 5 00 petang pula Ceramah Motivasi oleh Ustaz Muliade b Umat @ Bidin dari SMK Tanjung Pengelih, Pengerang.

Aktiviti Berbuka Puasa dan Alunan Zikir melengkapkan lagi program ini. Para pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan para jemputan menikmati hidangan berbuka dan disusuli dengan solat Maghrib berjemaah serta Solat Sunat Hajat.

Usai itu, program berbuka diteruskan pula bagi hidangan berat dan kemudian disusuli dengan program Solat Isyak dan Solat sunat tarawih berjemaah.

Majlis selesai pada pukul 10 00 malam

Lihat Foto

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.