Aplikasi Multimedia

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Usai sudah kita meniti hari yang penuh bersejarah buat tanah air kita Malaysia. Kini tiba pula hari penutup bagi bulan kemerdekaan yang telah dilancarkan pada 2 Ogos 2010 yang lalu. Kemeriahan dan semangatnya memang terasa di kalangan warga SMKPG2. Manakan tidak, kibaran jalur gemilang telah memeriahkan bumi PG2 sejak awal Ogos lagi walaupun di kala itu bulan puasa sudahpun menjelma.

Majlis yang diadakan di Dewan Mawar Gemilang ini dipengerusikan oleh Puan Hazlinda Hamzah. Pelbagai acara telah diadakan di antaranya ialah:
Tayangan Persembahan
Ucapan Guru Kanan Bidang Sains Sosial
Penyampaian hadiah pertandingan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
Ucapan Pengetua
Nyanyian Lagu Jalur Gemilang

Juga diselitkan di dalam majlis ini, ucapan dan amanat akhir guru-guru yang akan berpindah iaitu Puan Wardah Ismail dan Puan Faridah Hanim serta Puan Normah Abu Hassan (beliau tidak dapat hadir kerana bertugas)

Semoga semangat cintakan tanah air dan juga sekolah kita akan terus membara di hati warga SMKPG2..


Salam eid al mubarak



..SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA WARGA SMKPG2..
Semoga di bulan yang mulia ini akan dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara kita semua. Buang segala sengketa dan permusuhan. Semoga kita semua dapat bekerjasama dan melahirkan lebih ramai bakal-bakal pemimpin di masa akan datang.

SMKPG2 GEMILANG!...

Tenaga Pengajar SMKPG2 2010

Program Iftar Jama'ie, Solat Hajat dan Solat Terawih SMKPG2

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Selain berlangsungnya ibadah puasa, umat islam juga berlumba-lumba meningkatkan amalan yang pahalanya berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, pada 21 Ogos 2010 yang lalu telah berlangsung satu program tahunan anjuran MAKDIS, Tingkatan 6, PIBG SMKPG2 dan KEBIRU. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan juga ibu bapa.


Sejak pukul 4 00 petang lagi, program ini telah dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar. Seramai lebih 300 orang pelajar terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 dan lebih 100 orang jemputan telah berjaya menghadirkan diri ke program ini. Kemudian solat Asar secara berjemaah di surau Al Mutaqqin diimamkan oleh En Mohd Azrol b Yusof. Pada pukul 5 00 petang pula Ceramah Motivasi oleh Ustaz Muliade b Umat @ Bidin dari SMK Tanjung Pengelih, Pengerang.

Aktiviti Berbuka Puasa dan Alunan Zikir melengkapkan lagi program ini. Para pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan para jemputan menikmati hidangan berbuka dan disusuli dengan solat Maghrib berjemaah serta Solat Sunat Hajat.

Usai itu, program berbuka diteruskan pula bagi hidangan berat dan kemudian disusuli dengan program Solat Isyak dan Solat sunat tarawih berjemaah.

Majlis selesai pada pukul 10 00 malam

Lihat Foto

To All SMKPG2 Student's..



Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan dan calon-calon SPM yang menghadapi peperiksaan percubaan SPM..

Semoga Kejayaan Milik Kita Semua..

Ihya' Ramadhan



~Salam Ramadhan..~
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan
kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun
puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada
sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah
Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari.
(Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata
dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu
pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70
bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan
dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa,
baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika
menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan
sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Renung-renungkanlah... semoga ibadah kita dirahmati Allah swt

Rangkuman Berita PG2 julai-ogos

26 Julai 2010 Pelancaran Minggu Pendidikan Khas peringkat sekolah

Aktiviti yang dijalankan: Hari Pertama: Perasmian di Perhimpunan Rasmi SMKPG2 Hari Kedua : Terapi Air di Tanjong Puteri Golf Resort Hari Ketiga : Larian Aspirasi dan Senamrobik Hari Keempat : Program "Brain Game Introduction" Hari Kelima : Majlis Penutup

31 Julai 2010 Karnival Bersepadu dan Larian Mawar Tahun 2010


Lebih 30 gerai jualan makanan dan minuman telah dibuka. Larian Mawar berlangsung bermula pada pukul 8 00 pagi dan berakhir pada pukul 9 45 pagi. Juara keseluruhan larian mawar ialah Rumah Nilam, Kedua Rumah Zamrud, Ketiga Rumah Baiduri dan Keempat Rumah Delima. Selain itu terdapat juga Rumah Hantu, Galleri Foto dan Tayangan Gambar.

Lihat Foto







Pelancaran Minggu/Bulan Sains Sosial dan Bulan Kemerdekaan
3 Ogos 2010 - 31 Ogos 2010

Dirasmikan oleh Puan Pengetua Pn Hjh Zainab binti Johari.
Aktiviti yang dijalankan:

Pertandingan Kelas Bertemakan Hari Kemerdekaan

Kibaran Jalur Gemilang SMKPG2

Kuiz Kemerdekaan

Kempen Penghayatan Kemerdekaan

3 Ogos 2010
Post Mortem dan Mesyuarat Guru Kali ke 4 tahun 2010

Dipengerusikan oleh Puan Pengetua Pn Hjh Zainab binti Johari

Agenda:
Post Mortem Hari Karnival dan Larian Mawar 2010 oleh Puan Wardah Ismail
Cadangan dan penambah baikan program hari karnival dan larian mawar untuk tahun-tahun seterusnya.

Mesyuarat Guru kali ke 4
- Mandat pengetua
- perbincangan program-program Akademik

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.