Aplikasi Multimedia

Pertandingan Kawad Kaki Formasi Peringkat SMKPG2 tahun 2010

Pertandingan Kawad Kaki Formasi Peringkat Sekolah SMKPG2 kembali lagi! Sebanyak 5 platun telah mengambil bahagian di antaranya ialah Platun Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap Laut, PBSM dan Kadet Remaja Sekolah. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam mempelajari teknik kawad formasi yang betul serta memilih pasukan terbaik untuk dihantar ke Pertandingan Kawad Formasi Peringkat Daerah.

Keputusan penuh pertandingan ialah:

Tempat Pertama
Platun Kadet Polis

Tempat Kedua
Platun Pengakap Laut

Tempat ketiga
Platun Kadet Remaja Sekolah

Tempat keempat
Platun Kadet Bomba

Tempat Kelima
Platun PBSM

Ketua Platun Terbaik
Siti Khadijah bt Agus Salim
Kapten Kadet Polis

Juri pada kali ini adalah dari Pasukan Rela Daerah Pasir Gudang. Kriteria yang diambil kira untuk memilih pemenang ialah dari aspek kekemasan, gaya, pakaian, kesepakatan, kredibiliti ketua platun dan dedikasi ahli platun. Sekalung tahniah dan syabas kepada guru-guru pembimbing dan pasukan yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya kemaskan lagi pasukan anda! tahniah dari kami...



Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua-ketua Pemimpin Unit Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2010

Pada tarikh 2 - 3 April 2010 telah dijalankan satu Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Pengawas dan Disiplin SMKPG2 dan Unit Kaunseling SMKPG2. Kem ini dihadiri oleh semua pengawas sekolah dan Pengerusi-pengerusi setiap badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan SMKPG2 tahun 2010. Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengembangkan dan membentuk sahsiah diri serta sikap kepimpinan dalam diri masing-masing.

Acara bermula dengan pendaftaran yang dijalankan pada pukul 4 00 - 6 00 pada hari jumaat tersebut. Kemudian pada sebelah petang diadakan aktiviti berkumpulan bagi memastikan pelajar-pelajar dapat bekerja secara kolaboratif. Pada sebelah malam diadakan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan.

Pada keesokan harinya pula slot diisi oleh kaunselor dari Al Falah Consoltation. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dan mendapat sambutan hangat dari para peserta. Kemudian slot terakhir diisi dengan ceramah dari penceramah Al Falah.

Majlis Perasmian dan Penutup pula diadakan pada pukul 4 00 petang. Semoga semua peserta mendapat pelbagai faedah dan pengetahuan dari kursus ini.


Mesyuarat Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyelarasan Kelas Tambahan 2010

Mesyuarat Majlis Anugerah Cemerlang 2010

Tempat : Bilik Mawar Bestari
Tarikh : 30 Mac 2010
Jam : 12 30 - 2 30

Majlis Anugerah Cemerlang 2010 akan diadakan pada:

Tarikh : 17 April 2010

Sekitar perlantikan guru-guru penyelaras Kelas Tambahan SPM
anjuran PIBG bagi sesi 2010

Selamat Berkhidmat untuk SMKPG2!


Wajah ceria guru-guru SMKPG2 menerima fail pengurusan kelas tambahan mengikut mata pelajar masing-masing dari Pn Majlah Ayup






Cemerlang SPM 2010: Tahniah kepada semua..

Keputusan SPM 2009 yang baru diumumkan Khamis 11 Mac yang lalu membawa detik indah kepada semua. SMKPG2 sekali lagi berjaya meningkatkan peratusan lulus pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Sekalung tahniah dan syabas buat pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan para guru yang telah bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar-pelajar. Berikut adalah senarai pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM 2009:
CHIANG PEI WENG
(3A+, 1A, 4A-, 3B+, 1B)

MOHAMED HIZAM B MOHAMED NOOR
(2A+, 3A, 3A-, 1B+, 2B, 1C+)

AIMIE WAHIDAH BT ABDUL GHAFAR
(1A+, 5A, 1A-, 1B, 1D, 1E)

LEE KUET TENG
(3A+, 2A, 1A-, 2B+, 1B, 1C+, 1D)

ANUSHA A/P SRI DARAN
(4A+, 1A, 1A-, 4B+, 1B)

NURUL FARAHIN BT SULEIMAN
(1A+, 3A, 2A-, 1B+, 4B)

NUR AIDA ADILA BINTI MOHD HASSAN
(2A+, 2A, 1A-, 2B+, 2B, 1C)

WAN CHAI JIAN
(2A+, 2A, 1A-, 1B+, 2B, 1C)

KALLAIVANI A/P RAMANI
(1A+, 3A, 1A-, 3B+, 2B, 1C+, 1C)

NUR SYAMIMI HANIS BT MAZUMI
(1A+, 2A, 2A-, 1B+, 2B, 2C+)

TAHIAH DIUCAPKAN!!..

Kejayaan STPM


Berikut adalah keputusan cemerlang para calon STPM tahun 2009. Sekalung tahniah dari kami warga SMKPG2 di atas kejayaan anda semua. Semoga keputusan ini dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan. Selamat maju jaya kepada calon-calon STPM 2010!



Zakuan B. Buang
1A 1A- 1B- 1C+
3.17

Noor Amira Bt. Nor Azman
2A 1C+ 1C
3.08

Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-
3.08

Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+
3.08

Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+
3.00

Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+
3.00

Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+
3.00

p/s: sumber dari blog mppu

Notis Penting: Sambutan Maulidur Rasul 2010

Adalah dimaklumkan bahawa SMKPG2 akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tarikh dan masa di bawah. Kehadiran para guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar adalah diwajibkan.

Tarikh : 13 Mac 2010
Tempat : Dewan Mawar Gemilang
Masa : 7 30 pagi - 12 00 thari

Bersama-sama kita memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Kali ini.

"Keperibadian Rasulullah, Tunggak Kecemerlangan Ummah"

"Memantapkan Ukhwan, Memperkasakan Ummah"

Pendaftaran calon-calon SPM 2010

Pendaftaran calon-calon SPM bagi sesi 2010 telah dibuka. Semua pelajar-pelajar tingkatan 5 perlu mengisi borang pendaftaran SPM dengan betul dan lengkap. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila rujuk kepada:

Pn Syukriah bt Hassan
Cik Irmafizura bt Mamad Nor


MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.