Aplikasi Multimedia

Cemerlang SPM 2010: Tahniah kepada semua..

Keputusan SPM 2009 yang baru diumumkan Khamis 11 Mac yang lalu membawa detik indah kepada semua. SMKPG2 sekali lagi berjaya meningkatkan peratusan lulus pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Sekalung tahniah dan syabas buat pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan para guru yang telah bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar-pelajar. Berikut adalah senarai pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM 2009:
CHIANG PEI WENG
(3A+, 1A, 4A-, 3B+, 1B)

MOHAMED HIZAM B MOHAMED NOOR
(2A+, 3A, 3A-, 1B+, 2B, 1C+)

AIMIE WAHIDAH BT ABDUL GHAFAR
(1A+, 5A, 1A-, 1B, 1D, 1E)

LEE KUET TENG
(3A+, 2A, 1A-, 2B+, 1B, 1C+, 1D)

ANUSHA A/P SRI DARAN
(4A+, 1A, 1A-, 4B+, 1B)

NURUL FARAHIN BT SULEIMAN
(1A+, 3A, 2A-, 1B+, 4B)

NUR AIDA ADILA BINTI MOHD HASSAN
(2A+, 2A, 1A-, 2B+, 2B, 1C)

WAN CHAI JIAN
(2A+, 2A, 1A-, 1B+, 2B, 1C)

KALLAIVANI A/P RAMANI
(1A+, 3A, 1A-, 3B+, 2B, 1C+, 1C)

NUR SYAMIMI HANIS BT MAZUMI
(1A+, 2A, 2A-, 1B+, 2B, 2C+)

TAHIAH DIUCAPKAN!!..

Kejayaan STPM


Berikut adalah keputusan cemerlang para calon STPM tahun 2009. Sekalung tahniah dari kami warga SMKPG2 di atas kejayaan anda semua. Semoga keputusan ini dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan. Selamat maju jaya kepada calon-calon STPM 2010!



Zakuan B. Buang
1A 1A- 1B- 1C+
3.17

Noor Amira Bt. Nor Azman
2A 1C+ 1C
3.08

Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-
3.08

Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+
3.08

Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+
3.00

Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+
3.00

Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+
3.00

p/s: sumber dari blog mppu

Notis Penting: Sambutan Maulidur Rasul 2010

Adalah dimaklumkan bahawa SMKPG2 akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tarikh dan masa di bawah. Kehadiran para guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar adalah diwajibkan.

Tarikh : 13 Mac 2010
Tempat : Dewan Mawar Gemilang
Masa : 7 30 pagi - 12 00 thari

Bersama-sama kita memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Kali ini.

"Keperibadian Rasulullah, Tunggak Kecemerlangan Ummah"

"Memantapkan Ukhwan, Memperkasakan Ummah"

Pendaftaran calon-calon SPM 2010

Pendaftaran calon-calon SPM bagi sesi 2010 telah dibuka. Semua pelajar-pelajar tingkatan 5 perlu mengisi borang pendaftaran SPM dengan betul dan lengkap. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila rujuk kepada:

Pn Syukriah bt Hassan
Cik Irmafizura bt Mamad Nor


Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMKPG2 kali ke 17 akan diadakan pada minggu ini. Berikut adalah butiran mesyuarat. Semua guru-guru dan ibu bapa diminta hadir untuk memberi sokongan, cadangan dan berdiskusi bagaimana untuk merealisasikan fungsi serta peranan PIBG dalam meningkatkan pencapaian dan kredibiliti SMKPG2 dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, diharapkan ibu bapa pelajar-pelajar SMKPG2 dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan lagi mesyuarat agung PIBG ini.

Butiran mesyuarat

Tarikh/hari : Sabtu 6 mac 2010

Masa pendaftaran : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMKPG2


Cemerlang Sukan: PG2 catat kecemerlangan dalam Pertandingan Bowling 10 pin Peringkat Daerah Pasir Gudang 2010

Tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta Pertandingan Bowling Peringkat Daerah Pasir Gudang. Nampaknya sekali lagi kita telah mencatat keputusan yang boleh dibanggakan. Semoga tahun depan juga kita menempah kejayaan dalam acara ini.. syabas juga buat guru pembimbing pasukan bowling
Pn Busra Aini, Pn Derea Duat dan Pn Norul Hasnira...

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan

Lelaki Bawah 18
Tempat ke 3

Perempuan Bawah 18
Johan

Lelaki Bawah 15
Tempat ke 2

Perempuan Bawah 15
Tempat ke 4

Selain itu, kita juga memenangi pingat dalam acara keseluruhan Daerah Pasir Gudang iaitu:-

Peserta Perempuan Tempat ke 5 Keseluruhan Perempuan
Nur Rahimah binti Mohd Ali Suhaimi

Peserta Lelaki Tempat ke 8 Keseluruhan Lelaki
Mohd Faizal bin Rahmat

Tahniah diucapkan!...

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.