Aplikasi Multimedia

Jamuan High-tea di anjuran KEBIRU

Jamuan High-Tea anjuran Kebiru telah diadakan di Hotel TS Taman Scientex pada 31 Disember 2009. Lihatlah kemeriahan majlis ini dengan gambar-gambar kenangan di bawah ini..


Pengacara Majlis pada hari itu En Razul dan Pn Siti NurJannah




Wajah-wajah warga SMKPG2

Wajah-wajah Cemerlang PMR!

Keputusan PMR yang telah diumumkan pada 24 Disember 2009 telah memberi kesan positif kepada warga SMKPG2. Seramai 5 orang pelajar berjaya mendapat 8A dan 7A (mengambil 7 matapelajaran sahaja). Kami bagi pihak warga SMKPG2 sangat berbesar hati ingin mengucapkan TAHNIAH! kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik. Berikut adalah senarai nama pelajar dengan keputusan mereka yang membanggakan.. Bagi calon PMR 2010.. bersedialah dari sekarang....
Selamat Maju Jaya...

Pelajar 8A

Nur Faziera binti Yusuf
Nurul Humaira binti Muzammir
Nurul Safwa binti Zakaria
Nurunafisah binti Hassan
Kuharupini A/P Mohan

Pelajar 7A 1B

Mastuurah binti Helmee
Nurul Atikah binti Mohd Amin
Muhammad Haniff Akmal bin Abdul Rahman
Rofina AK David
Erni Fazira binti Sulaiman
Mohamad Fazlee bin Razak
Mohamad Nariszaidi bin Hisam

Pelajar 6A 2B

Noor Fareeza Juliana binti Abdul Wahab
Khairul Hamizi bin Azli
Sumaduhah binti Shaharon
Pang Jie Wei

...Sekalung tahniah buat yang berjaya....
















Notis Penting untuk Warga SMKPG2

Pengumuman untuk semua warga pendidik SMKPG2

Mesyuarat Guru kali ke-1 tahun 2010 telah dipinda. Berikut adalah butiran terkini.

Mesyuarat Guru kali ke-1 Tahun 2010

Tarikh : 24 Disember 2009
Pendaftaran : 7 30 pagi
Tempat : Bilik Mawar Bestari

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat SMKPG2. Diharapkan agar para kakitangan SMKPG2 dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih. Harap maklum..

Memoir bersama En Azam, Pn Deva n Cik Puspa 2009

Cuti Sekolah telah Bermula!!!!

CUTI SEKOLAH TELAH BERMULAA!!!!
Musim cuti sekolah telah bermula. Diharapkan agar para pelajar dapat menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan bazirkan masa yang berharga ini kerana masa yang telah pergi tidak dapat kembali semula. Jadi kepada semua pelajar, jangan terlalu asyik bercuti hingga langsung tidak hiraukan pelajaran. Jangan lupa untuk kembali ke sekolah dengan azam dan tekad yang baru untuk meningkatkan pencapaian diri dan kecemerlangan dalam pelajaran.
Kepada teman-teman sekerja di SMKPG2 juga diucapkan SELAMAT BERCUTI. Jangan lupa untuk kembali semula ke sekolah pada 21 Disember 2009 ini.


Memori SMKPG2

...Kali ini SMKPG2 akan kehilangan 3 permata hatinya. Ini berikutan perpindahan 3 orang pendidik SMKPG2 yang telah diluluskan perpindahannya dan juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Di kesempatan ini kami warga SMKPG2 ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada 3 orang sahabat kami iaitu:-
1. Ustaz Mohd Azam bin Ramlan - melanjutkan pelajaran
2. Pn Devamalarsari - melanjutkan pelajaran
3. Cik Puspa A/P Suppiah - berpindah ke Cameron Highland
Terima kasih atas segala jasa baik dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada SMKPG2. Kami mendoakan agar anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga tugas sebagai pendidik anak bangsa tidak akan berhenti di sini.... aminn..

Wish All of SMKPG2 SPM n STPM Candidates LUCK!!


...KAMI WARGA SMKPG 2 MENDOAKAN AGAR SEMUA CALON SPM dan STPM 2009 SMKPG2 AGAR DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI DENGAN BAIK DAN JAYANYA...


...SEMOGA BERKAT KESABARAN, KESUNGGUHAN DAN DOA WARGA PENDIDIK SMKPG2 SEMUA CALON SPM DAN STPM 2009 SMKPG2 AKAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG...


... WISH ALL OF YOU ALL THE BEST!!!...


SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG DAPAT MEMBANGGAKAN DIRI DAN SEKOLAH ANDA. SETIAP USAHA PARA PELAJAR INSYA ALLAH AKAN DIBERKATI ILAHI.. AMINN

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.