Aplikasi Multimedia

Memori SMKPG2

...Kali ini SMKPG2 akan kehilangan 3 permata hatinya. Ini berikutan perpindahan 3 orang pendidik SMKPG2 yang telah diluluskan perpindahannya dan juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Di kesempatan ini kami warga SMKPG2 ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada 3 orang sahabat kami iaitu:-
1. Ustaz Mohd Azam bin Ramlan - melanjutkan pelajaran
2. Pn Devamalarsari - melanjutkan pelajaran
3. Cik Puspa A/P Suppiah - berpindah ke Cameron Highland
Terima kasih atas segala jasa baik dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada SMKPG2. Kami mendoakan agar anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga tugas sebagai pendidik anak bangsa tidak akan berhenti di sini.... aminn..

Wish All of SMKPG2 SPM n STPM Candidates LUCK!!


...KAMI WARGA SMKPG 2 MENDOAKAN AGAR SEMUA CALON SPM dan STPM 2009 SMKPG2 AGAR DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI DENGAN BAIK DAN JAYANYA...


...SEMOGA BERKAT KESABARAN, KESUNGGUHAN DAN DOA WARGA PENDIDIK SMKPG2 SEMUA CALON SPM DAN STPM 2009 SMKPG2 AKAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG...


... WISH ALL OF YOU ALL THE BEST!!!...


SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG DAPAT MEMBANGGAKAN DIRI DAN SEKOLAH ANDA. SETIAP USAHA PARA PELAJAR INSYA ALLAH AKAN DIBERKATI ILAHI.. AMINN

Isu Pendidikan: Sistem Gred Hasilkan Pelajar Cemerlang

Sistem penggredan baru bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan Kabinet baru-baru ini lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Melalui penilaian baru itu, palajar akan diberi gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred ini menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B,, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G. Sistem gred ini hanya memberikan perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. Lihat jadual sistem gred yang telah ditetapkan:
  1. A+ = 18
  2. A = 16
  3. A- = 14
  4. B+ = 12
  5. B = 10
  6. C+ = 8
  7. C = 6
  8. D = 4
  9. E = 2
  10. G = 0

Penilaian semula gred SPM ini sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Perincian gred juga memudahkan kementerian untuk menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara. Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah bagi menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan.

... dipetik dari sumber Harian Metro, Isnin 9 Nov 2009

Menarik di SMKPG2 bagi Bulan Oktober- Novembar

Aktiviti Prep SPM Anjuran
Anjuran : Unit Kaunseling dan Akademik SMKPG2
Tempat : Makmal Komputer, SMKPG2
Masa/Tarikh : 2.00 - 4.00 ptg sepanjang bulan Oktober dan November


Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Tingkatan 4

Tarikh : 26 Oktober - 13 November 2009

Program Restu SPM dan STPM 2009
Anjuran : Unit Kaunseling dan Akademik SMKPG2
Tempat : Dewan Mawar Gemilang
Masa/Tarikh : 8.00 pg - 110 ptg/11 November 2009 (STPM)
8.00 pg - 1210 thari/13 November 2009 (SPM)
BERSAMA-SAMA KITA GEMILANGKAN SMKPG2!!

lagi.. lagi.. raya.. muhahaha SMKPG2

Raya.. Raya.. Raya.. Wahahahah..

Selamat Maju Jaya kepada Calon SPM 2009


Kami ingin mengucapkan

SELAMAT MAJU JAYA

Kepada semua 272 orang calon SPM SMKPG2 tahun 2009

"Semoga anda semua dapat mencapai kejayaan dan mengharumkan lagi nama sekolah"

...Tingkatkan usaha, tawakal dan doa. Semoga usaha kita sentiasa diberkati oleh Yang Kuasa...


MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.