Aplikasi Multimedia

Pertandingan Hiasan Orkid dan Bonsai Antarabangsa Johor Bahru 2009

Pada 4 Ogos 2009 yang lalu, SMKPG2 telah menyertai Pertandingan Hiasan Orkid dan Bonsai Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru. Tiga orang pelajar iaitu Ainie binti Hussin, Nor Arinah binti Mad Yassin dan Zuraidah binti Hashim dari kelas 5 Animasi bersama guru pembimbing Pn Nor Liana Aniza binti Zaini telah dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Lanskap Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Johor (JOTIC). Pertandingan ini dianjurkan bersempena Pesta Pameran Orkid dan Bonsai Antarabangsa Negeri Johor 2009. Pameran tahunan ini disertai oleh pelbagai organisasi kerajaan, bukan kerajaan, majlis pembandaran serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi setiap daerah di Johor. Antara yang mengambil bahagian dalam pameran ini ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Batu Pahat, Majlis Daerah Kluang dan sebagainya. Pertandingan yang berlangsung adalah pertandingan hiasan orkid peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). SMKPG2 telah mengambil bahagian dalam pertandingan hiasan orkid peringkat sekolah menengah dan berjaya mendapat hadiah saguhati. Persaingan sengit dari segi kreativiti dalam menghasilkan lanskap orkid memang sangat ketara dalam pertandingan ini. Terdapat hampir 20 buah sekolah yang mengambil bahagian. Banyak sekolah yang berjaya menghasilkan hiasan lanskap orkid yang menarik dan kreatif. Hadiah kepada pemenang telah diadakan pada Majlis Perasmian Pameran Orkid Antarabangsa Negeri Johor pada 6 Ogos 2009 oleh Menteri Besar Johor.
Syabas diucapkan kepada sekolah yang berjaya!!

Lihat kemeriahan peserta dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian..


Kenali Logo SMKPG2

WARNA




MERAH

Keberanian dan kegigihan menghadapi cabaran



HIJAU

Kemakmuran negara menjana usaha membangunkan jati diri rakyat


KUNING
Penghormatan dan ketaatsetiaan pada raja dan Negara dan kepatuhan pada undang-undangnya
PUTIH
Keikhlasan dan kejujuran niat serta kemurnian budi bahasa
IMEJ BUKU
Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang menjadi keutamaan warga sekolah ke arah melahirkan generasi berilmu dan bermaklumat
IMEJ BULATAN
Kebulatan tekad dan semangat ke arah masa depan Negara yang aman, damai dan makmur
IMEJ KELOPAK
Mawar merah kesepaduan upaya seluruh warga sekolah dari pelbagai kaum ke arah mewujudkan masyarakat harmonis dan bersatu padu
IMEJ KELOPAK MATA
Sentiasa berpandangan jauh ke arah pencapaian visi dan misi sekolah yang didukung secara bersama demi membina Negara maju selaras dengan aspirasi Wawasan 2020.
IMEJ RODA INDUSTRI
Kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi menjana aspirasi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang industri.

Selamat Datang

Selamat datang ke blog SMK PG2! Laman ini telah siap dibina pada 28 Julai 2009 jam 10:30 pagi.


Diharap anda dapat menjadikan blog ini sebagai blog rasmi bagi menyampaikan maklumat terkini, berkongsi idea dan pengalaman, meletakkan pemberitahuan dan juga laman untuk meluahkan perasaan. Semoga kewujudan blog ini juga dapat merapatkan hubungan warga SMKPG2 dan juga seluruh rakan-rakan maya dengan lebih praktikal.


Sila masukkan komen dan pandangan anda bagi memantapkan lagi blog ini.

Sekian, terima kasih

MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.