Akhirnya..! impian SMKPG2 untuk mengadakan lawatan akhirnya termakbul jua.. pada tanggal 24 Julai yang lalu, warga SMKPG2 telah berjaya merealisasikan harapan untuk mengadakan lawatan ke Kota Singa.. Lawatan anjuran KEBIRU ini telah diketuai oleh Puan Faezah bt Ahmad selaku pengerusi KEBIRU SMKPG2. Seramai 44 orang (termasuk ada yg membawa pasangan...) telah menyertai lawatan ini...
Walaupun terdapat banyak insiden yang berlaku tetapi kemeriah dan keseronokan tetap kami rasai.. Bermula seawal 7 00 pagi para peserta lawatan telah berkumpul dan sampai di imigresen tepat jam 9 00 pagi. Kemudian urusan di imigresen selesai pada pukul 10 30 pagi. Jam 11 pagi kami selamat sampai di Pulau Sentosa (Sentosa Island) sehingga jam 3 30 petang. Lawatan seterusnya di Jalan Arab (Arab Street) dan bersolat di Masjid Sultan, masjid tertua di Singapura. Lawatan terakhir ialah di Orchard Road, kawasan membeli belah terkemuka di Singapura.
Semoga aktiviti riadah seperti ini dapat dilanjutkan lagi di masa-masa akan datang.. Lihat foto..
Dengan penuh rasa syukur dan berbesar hati, seluruh warga SMKPG2 mengalu-alukan kehadiran pengetua baru kami iaitu
Puan Hajah Zainab binti Johari
selaku
Pengetua Sek Men Keb Pasir Gudang 2
Setelah sekian lama SMKPG2 hilang serinya setelah bersaranya Tuan Pengetua tersayang En Abd Wahid bin Yahyin, kini kita telah mendapat pengetua baru iaitu Pn Hajah Zainab binti Johari. Sebelum ini beliau merupakan Pengetua SMK Pekan Nenas, Pontian Johor. Semoga kehadiran Puan Pengetua baru ini akan meneruskan lagi gagasan dan kegemilangan SMKPG2!
Sejurus selepas majlis perpisahan Pn Maslinda yang diadakan di kantin sekolah, satu mesyuarat pengurusan peperiksaan untuk membentangkan Audit Akademik Tahun 2010 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010.
Secara keseluruhan, peratus kelulusan SMKPG pada kali ini meningkat iaitu dari 67.1% pada tahun 2009 kepada 76.44% pada tahun 2010. Jumlah calon berdaftar ialah seramai 334 namun begitu bilangan calon gagal adalah seramai 78 orang.
Terdapat beberapa mata pelajaran yang mengalami penurunan peratusan lulus pelajar iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Perdagangan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan EST. Oleh itu dengan adanya mesyurat ini, dapatlah para guru-guru membentangkan analisis SWOT dan juga perbincangan dengan pentadbir langkah-langkah bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM.
Semoga program-program sebegini dapat diteruskan bagi membantu guru-guru meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan membantu pembelajaran ke arah kecemerlangan SMKPG2 untuk SPM 2010!.. Syabas SMKPG2...
Sekali lagi SMKPG2 terpaksa merelakan pemergian salah seorang guru senior yang telah lama berkhidmat di SMKPG2. Guru tersebut ialah Pn Maslinda binti Marzuki yang akan bertugas di sekolah baru iaitu Sek Men Keb Bandar Seri Alam sebagai Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional.
Kehilangan guru senior yang telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun di SMKPG2 memang amat dirasai. Beliau merupakan Guru Data, Guru Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan dan Naib Pengerusi Kebiru SMKPG2. Semoga pemergiaan beliau dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang beliau dan kami doakan semoga beliau terus berjaya dan cemerlang di sekolah baru..
"Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan anda. Kami akan merindui Pn Maslinda..."
Pada 30 Jun 2010, SMKPG2 telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki anjuran MPPG. Sebanyak 3 platun telah mengambil bahagian. Keputusannya.. SMKPG2 telah menjuarai pertandingan tersebut!.. sekalung tahniah diucapkan kepada penyelaras dan jurulatih kawad terutama En Mohd Asri dan para pelajar yang telah berkorban masa dan tenaga untuk pertandingan ini. Semoga kegemilangan SMKPG2 akan terus bersinar sampai bila-bila.. aminn...
Pada 9 - 10 julai yang lalu, SMKPG2 telah membuat Hari Terbuka bagi membolehkan ibu bapa mengambil kad pelaporan pelajar bagi peperiksaan yang berlangsung pada bulan april hingga mei yang lalu. Pada 9 Julai diadakan Hari Terbuka untuk pelajar-pelajar cemerlang SMKPG2. Pada hari tersebut diadakan sedikit sesi motivasi dan taklimat ringkas tentang harapan dan cabaran yang perlu dipikul oleh pelajar-pelajar harapan SMKPG2 untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Pada 10 Julai pula diadakan Hari Terbuka untuk semua pelajar dari tingkatan 1 - 5. Lihat foto..
Pada 3 Julai 2010 yang lalu, pihak MPPG telah menjemput SMKPG2 untuk memeriahkan acara Road Safety Walk. Acara ini bermula pada pukul 7 30 pagi dari Dataran Taman Mawar hingga Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Acara yang julung-julung kali diadakan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abd Ghani Othman (tapi wakilnya sahaja...) dan disertai oleh seluruh penduduk daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan pihak MPPG. Antara acara yang dijalankan pada hari tersebut ialah:-
Demonstrasi Keselamatan Jalanraya Kisah Kemalangan oleh mangsa kemalangan langgar lari Ucapan wakil Menteri Besar Acara penutup Jamuan
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpahan kurnia dan keizinan-Nya, blog SMKPG2 ini dapat dibangunkan. Upaya memanfaatkan ICT dalam pengurusan pendidikan memang menjadi tuntutan sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyokongnya dengan melahirkan warga sekolah yang celik ICT dan dapat mengaplikasikannya dalam pengurusan pendidikan di sekolah ini.
Blog ini diyakini mampu menjadi wadah komunikasi dan informasi dalam kalangan warga Sek Men Keb Pasir Gudang (2), dengan setiap warga pendidik dan pelajar SMKPG2 sentiasa bersatu dan proaktif dalam memainkan peranan menyebarkan ilmu dan maklumat secara digital dengan lebih cepat, tepat dan berkesan.
Semoga kewujudan blog ini dapat memperteguh aspirasi dan komitmen warga sekolah ini dalam membawakan kejayaan lebih gemilang untuk masa hadapan SMKPG2.
Sekian, terima kasih.
Misi dan Visi Sekolah
VISI SEKOLAH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.