Aplikasi Multimedia
Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Jumaat, 21 Mei 2010
Labels:
Bengkel Penceritaan Digital 2010
/
Comments: (0)
Pada 15 dan 16 mei yang lalu SMKPG2 telah menerima jemputan untuk menghadiri Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM. Seramai 2 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan bagi memberi latihan bagaimana untuk menggunakan aplikasi penceritaan (Movie Maker) dan penyuntingan audio (Audiocity) bagi menghasilkan karya/tayangan pendek. Bengkel ini juga menganjurkan pertandingan yang berakhir pada 15 Julai 2010. Hadiah lumayan menanti pemenang sehingga RM 5000! so sesiapa yang berminat untuk menyertainya sila hubungi Pn Nor Liana Aniza bt zaini untuk mengetahui syarat pertandingan dan latihan intensif. Semua warga SMKPG2 dialu-alukan untuk menyertainya....
Yang bestnye.. smpt lagi peserta bengkel dan fasilitator menyambut Hari Guru. Thanks to all Fasilitator from ITU UUM 4 the celebration!
Lihat Foto....
Yang bestnye.. smpt lagi peserta bengkel dan fasilitator menyambut Hari Guru. Thanks to all Fasilitator from ITU UUM 4 the celebration!
Lihat Foto....
Penghargaan kepada AJK PIBG SMKPG2
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
Labels:
AJK PIBG di MSSM 2010
/
Comments: (1)
Tahniah kepada AJK PIBG SMKPG2 yang telah bersama-sama memeriahkan majlis penutupan rasmi MSSM yang diadakan di Stadium Johor Baharu pada 21 Mei yang lalu. Semoga penglibatan AJK PIBG SMKPG2 tidak hanya berlangsung di dalam sekolah tetapi juga di semua acara-acara rasmi sekolah. Syabas kami ucapkan!


Bengkel Robotik bersama Jurulatih Johor En Adam Ehsan
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
Labels:
Bengkel Robotik 2010
/
Comments: (0)
Bengkel Robotik ini diadakan pada 20 April 2010 yang lalu anjuran Kelab ICT SMKPG2. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada team robotik SMKPG2 bagi memulakan cabaran baru bagi tahun 2010 iaitu cabaran Vertical Limit. Pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada 27 Jun 2010 di Persada Johor. Semoga team robotik SMKPG2 akan menempa kejayaan lagi seperti tahun lepas. Good Luck!
Selayang pandang.. Sambutan Hari Guru di SMKPG2
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Khamis, 20 Mei 2010
Labels:
selayang pandang PG2
/
Comments: (0)
SELAMAT HARI GURU 2010
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
Labels:
Selamat Hari Guru
/
Comments: (0)
Kempen PIBG SMKPG2 2010
Posted by
SEK MEN KEB PASIR GUDANG 2
on Jumaat, 14 Mei 2010
Labels:
Kempen pibg 2010
/
Comments: (0)
Pihak PIBG SMKPG2 telah mengadakan kempen menderma yang dilancarkan pada 17 April 2010 iaitu pada Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah yang lalu. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar dan ibu bapa serta anggota masyarakat untuk menderma sama ada satu rim kertas, satu perabot atau satu buku untuk kegunaan sekolah. Hal ini kerana pihak sekolah memerlukan bantuan dari pihak ibu bapa dan anggota masyarakat bagi menampung kos pengurusan sekolah.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi
Pn Ramlah binti Talib (Setiausaha PIBG SMKPG2)
di talian : 0197906947

MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::