Pengumuman untuk semua warga pendidik SMKPG2
Mesyuarat Guru kali ke-1 tahun 2010 telah dipinda. Berikut adalah butiran terkini.
Mesyuarat Guru kali ke-1 Tahun 2010
Tarikh : 24 Disember 2009
Pendaftaran : 7 30 pagi
Tempat : Bilik Mawar Bestari
Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat SMKPG2. Diharapkan agar para kakitangan SMKPG2 dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat ini.
Sekian, terima kasih. Harap maklum..
CUTI SEKOLAH TELAH BERMULAA!!!!
Musim cuti sekolah telah bermula. Diharapkan agar para pelajar dapat menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan bazirkan masa yang berharga ini kerana masa yang telah pergi tidak dapat kembali semula. Jadi kepada semua pelajar, jangan terlalu asyik bercuti hingga langsung tidak hiraukan pelajaran. Jangan lupa untuk kembali ke sekolah dengan azam dan tekad yang baru untuk meningkatkan pencapaian diri dan kecemerlangan dalam pelajaran.
Kepada teman-teman sekerja di SMKPG2 juga diucapkan SELAMAT BERCUTI. Jangan lupa untuk kembali semula ke sekolah pada 21 Disember 2009 ini.
...Kali ini SMKPG2 akan kehilangan 3 permata hatinya. Ini berikutan perpindahan 3 orang pendidik SMKPG2 yang telah diluluskan perpindahannya dan juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Di kesempatan ini kami warga SMKPG2 ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada 3 orang sahabat kami iaitu:-
1. Ustaz Mohd Azam bin Ramlan - melanjutkan pelajaran
2. Pn Devamalarsari - melanjutkan pelajaran
3. Cik Puspa A/P Suppiah - berpindah ke Cameron Highland
Terima kasih atas segala jasa baik dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada SMKPG2. Kami mendoakan agar anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga tugas sebagai pendidik anak bangsa tidak akan berhenti di sini.... aminn..

...KAMI WARGA SMKPG 2 MENDOAKAN AGAR SEMUA CALON SPM dan STPM 2009 SMKPG2 AGAR DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI DENGAN BAIK DAN JAYANYA...
...SEMOGA BERKAT KESABARAN, KESUNGGUHAN DAN DOA WARGA PENDIDIK SMKPG2 SEMUA CALON SPM DAN STPM 2009 SMKPG2 AKAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG...
... WISH ALL OF YOU ALL THE BEST!!!...
SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG DAPAT MEMBANGGAKAN DIRI DAN SEKOLAH ANDA. SETIAP USAHA PARA PELAJAR INSYA ALLAH AKAN DIBERKATI ILAHI.. AMINN
Sistem penggredan baru bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan Kabinet baru-baru ini lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Melalui penilaian baru itu, palajar akan diberi gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred ini menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B,, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G. Sistem gred ini hanya memberikan perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. Lihat jadual sistem gred yang telah ditetapkan:- A+ = 18
- A = 16
- A- = 14
- B+ = 12
- B = 10
- C+ = 8
- C = 6
- D = 4
- E = 2
- G = 0
Penilaian semula gred SPM ini sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Perincian gred juga memudahkan kementerian untuk menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara. Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah bagi menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan.
... dipetik dari sumber Harian Metro, Isnin 9 Nov 2009
Aktiviti Prep SPM Anjuran
Anjuran : Unit Kaunseling dan Akademik SMKPG2
Tempat : Makmal Komputer, SMKPG2
Masa/Tarikh : 2.00 - 4.00 ptg sepanjang bulan Oktober dan November
Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Tingkatan 4
Tarikh : 26 Oktober - 13 November 2009
Program Restu SPM dan STPM 2009
Anjuran : Unit Kaunseling dan Akademik SMKPG2
Tempat : Dewan Mawar Gemilang
Masa/Tarikh : 8.00 pg - 110 ptg/11 November 2009 (STPM)
8.00 pg - 1210 thari/13 November 2009 (SPM)
BERSAMA-SAMA KITA GEMILANGKAN SMKPG2!!
MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::