Sejurus selepas majlis perpisahan Pn Maslinda yang diadakan di kantin sekolah, satu mesyuarat pengurusan peperiksaan untuk membentangkan Audit Akademik Tahun 2010 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010.
Secara keseluruhan, peratus kelulusan SMKPG pada kali ini meningkat iaitu dari 67.1% pada tahun 2009 kepada 76.44% pada tahun 2010. Jumlah calon berdaftar ialah seramai 334 namun begitu bilangan calon gagal adalah seramai 78 orang.
Terdapat beberapa mata pelajaran yang mengalami penurunan peratusan lulus pelajar iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Perdagangan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan EST. Oleh itu dengan adanya mesyurat ini, dapatlah para guru-guru membentangkan analisis SWOT dan juga perbincangan dengan pentadbir langkah-langkah bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM.
Semoga program-program sebegini dapat diteruskan bagi membantu guru-guru meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan membantu pembelajaran ke arah kecemerlangan SMKPG2 untuk SPM 2010!.. Syabas SMKPG2...



Sekali lagi SMKPG2 terpaksa merelakan pemergian salah seorang guru senior yang telah lama berkhidmat di SMKPG2. Guru tersebut ialah Pn Maslinda binti Marzuki yang akan bertugas di sekolah baru iaitu Sek Men Keb Bandar Seri Alam sebagai Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional.
Kehilangan guru senior yang telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun di SMKPG2 memang amat dirasai. Beliau merupakan Guru Data, Guru Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan dan Naib Pengerusi Kebiru SMKPG2. Semoga pemergiaan beliau dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang beliau dan kami doakan semoga beliau terus berjaya dan cemerlang di sekolah baru..
"Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan anda.
Kami akan merindui Pn Maslinda..."



Pada 9 - 10 julai yang lalu, SMKPG2 telah membuat Hari Terbuka bagi membolehkan ibu bapa mengambil kad pelaporan pelajar bagi peperiksaan yang berlangsung pada bulan april hingga mei yang lalu. Pada 9 Julai diadakan Hari Terbuka untuk pelajar-pelajar cemerlang SMKPG2. Pada hari tersebut diadakan sedikit sesi motivasi dan taklimat ringkas tentang harapan dan cabaran yang perlu dipikul oleh pelajar-pelajar harapan SMKPG2 untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Pada 3 Julai 2010 yang lalu, pihak MPPG telah menjemput SMKPG2 untuk memeriahkan acara Road Safety Walk. Acara ini bermula pada pukul 7 30 pagi dari Dataran Taman Mawar hingga Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Acara yang julung-julung kali diadakan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abd Ghani Othman (tapi wakilnya sahaja...) dan disertai oleh seluruh penduduk daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan pihak MPPG. Antara acara yang dijalankan pada hari tersebut ialah:-
Demonstrasi Keselamatan Jalanraya
Kisah Kemalangan oleh mangsa kemalangan langgar lari
Ucapan wakil Menteri Besar
Acara penutup
Jamuan





MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::