Pihak PIBG SMKPG2 telah mengadakan kempen menderma yang dilancarkan pada 17 April 2010 iaitu pada Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah yang lalu. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar dan ibu bapa serta anggota masyarakat untuk menderma sama ada satu rim kertas, satu perabot atau satu buku untuk kegunaan sekolah. Hal ini kerana pihak sekolah memerlukan bantuan dari pihak ibu bapa dan anggota masyarakat bagi menampung kos pengurusan sekolah. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi
Pn Ramlah binti Talib (Setiausaha PIBG SMKPG2)
di talian : 0197906947
IBU.. IBU.. ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA KU BERDUKA.. ENGKAU HIBURKAN SELALU..
IBU.. IBU.. ENGKAULAH RATU HATIKU..
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU WARGA SMKPG2.. SEMOGA KASIH SAYANG KITA BERPANJANGAN BUKAN SAHAJA DI RUMAH MALAH DI SEKOLAH JUGA KERANA PELAJAR-PELAJAR KITA JUGA MERUPAKAN ANAK-ANAK DIDIK KITA..
Pada 7 mei - 9 mei yang lalu telah berlangsung satu lagu acara bersejarah dan merupakan acara tahunan SMKPG2. Program Perkhemahan Bersepadu Sekolah tahun 2010 telah dijalankan yang bertempat di Telok Gorek, Mersing. Program yang diterajui oleh Unit Ko Kurikulum SMKPG2 telah membawa 80 orang pelajar dan lebih 30 orang guru meneroka dan mengamati keindahan Telok Gorek serta menempuh pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar. Banyak yang telah dilaksanakan di sana seperti Jungle Tracking, LDK, Aktiviti Berkumpulan, Water Confidence, Berkayak, dan yang paling best ialah War Game. Pelbagai kenangan pahit manis yang telah dilalui dan memberi 1000 kenangan kepada peserta. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.. Syabas kepada tenaga pelaksana program ini.Kredit ditujukan untuk:Pn Warda Ismail (Penasihat)En Asri (Penyelaras)Pn Haslina(Penyelaras)En Rashid(Kem Komander)Cik Noramizah Omar (Penyelaras)En AzrolCik IrmafizuerraPn MuliaEn FirdausEn AdhaPn HamidatonPn Faridah HanimPn Nor Liana AnizaPn SalbiahPn EsmaCik RafidahBarisan Fasi (Klu nk tulis sume xmuat page.. heheh so yg tk tertulis tu harap maaf) Tahniah!
Pada 19 April 2010 telah dilancarkan Kempen Kesedaran 3K peringkat sekolah. 3K merangkumi keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan untuk seluruh kawasan dan warga SMKPG2. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:i) Pertandingan Keceriaan/Kebersihan Kelasii) Pertandingan Kehadiran Terbaikiii) Progran 5 minit Denggiiv) Skuad Denggiv) Ceramah Kesihatanvi) "Candid" Pelajar Kemas dan Rapivii) Keceriaan Premis: Kantin/Tandas/Bangunanviii) Kempen Keselamatan.
Majlis Anugerah Cemerlang Sek Men Pasir Gudang 2 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2010 yang lalu. Majlis yang diadakan dengan kerjasama PIBG ini dirasmikan oleh Penolong Pengurus Johor Port, En Nik Aziz bin Nik Hassan. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Mantan Pengetua SMKPG2, En Abd Wahid bin Yahyin dan Wakil YDP PIBG SMKPG2 En Mohd Nor bin Rahidin. Acara bermula dengan kehadiran jemputan kehormat dan diraikan dengan tarian zapin dari Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMKPG2.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Adha dan disusuli dengan persembahan koir SMKPG2. Acara rasmi diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pemangku pengetua merangkap guru penolong kanan pentadbiran Pn Hjh Majlah binti Ayub diikuti oleh ucapan dari wakil PIBG. Majlis ini dilengkapkan lagi dengan ucapan perasmian oleh En Nik Aziz bin Nik Hassan yang banyak memberi perangsang kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah. Beliau menegaskan supaya kecemerlangan yang diperolehi hari ini berterusan dan jangan mudah terpengaruh dengan perilaku sosial yang semakin hari semakin membimbangkan hari ini.
Majlis ini memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun 2009, pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM 2009. Selain itu, diserikan juga anugerah kepada guru-guru yang telah mencapai kecemerlangan sama ada kecemerlangan panitia, kecemerlangan ko kurikulum dan kurikulum. Sebanyak 92 anugerah telah disempurnakan dalam majlis ini. Majlis berakhir pada pukul 12 tengah hari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru dan mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Syabas diucapkan dan semoga kerjasama ini akan berpanjangkan untuk tahun-tahun akan datang...
MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::