Berikut adalah keputusan cemerlang para calon STPM tahun 2009. Sekalung tahniah dari kami warga SMKPG2 di atas kejayaan anda semua. Semoga keputusan ini dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan. Selamat maju jaya kepada calon-calon STPM 2010!
Zakuan B. Buang
1A 1A- 1B- 1C+
3.17
Noor Amira Bt. Nor Azman
2A 1C+ 1C
3.08
Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-
3.08
Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+
3.08
Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+
3.00
Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+
3.00
Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+
3.00
p/s: sumber dari blog mppu
Adalah dimaklumkan bahawa SMKPG2 akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tarikh dan masa di bawah. Kehadiran para guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar adalah diwajibkan.
Tarikh : 13 Mac 2010
Tempat : Dewan Mawar Gemilang
Masa : 7 30 pagi - 12 00 thari
Bersama-sama kita memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Kali ini.
"Keperibadian Rasulullah, Tunggak Kecemerlangan Ummah"
"Memantapkan Ukhwan, Memperkasakan Ummah"
Pendaftaran calon-calon SPM bagi sesi 2010 telah dibuka. Semua pelajar-pelajar tingkatan 5 perlu mengisi borang pendaftaran SPM dengan betul dan lengkap. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila rujuk kepada:
Pn Syukriah bt Hassan
Cik Irmafizura bt Mamad Nor
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMKPG2 kali ke 17 akan diadakan pada minggu ini. Berikut adalah butiran mesyuarat. Semua guru-guru dan ibu bapa diminta hadir untuk memberi sokongan, cadangan dan berdiskusi bagaimana untuk merealisasikan fungsi serta peranan PIBG dalam meningkatkan pencapaian dan kredibiliti SMKPG2 dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, diharapkan ibu bapa pelajar-pelajar SMKPG2 dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan lagi mesyuarat agung PIBG ini.
Butiran mesyuarat
Tarikh/hari : Sabtu 6 mac 2010
Masa pendaftaran : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMKPG2
Tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta Pertandingan Bowling Peringkat Daerah Pasir Gudang. Nampaknya sekali lagi kita telah mencatat keputusan yang boleh dibanggakan. Semoga tahun depan juga kita menempah kejayaan dalam acara ini.. syabas juga buat guru pembimbing pasukan bowling
Pn Busra Aini, Pn Derea Duat dan Pn Norul Hasnira...Berikut adalah keputusan penuh pertandinganLelaki Bawah 18Tempat ke 3Perempuan Bawah 18 JohanLelaki Bawah 15Tempat ke 2Perempuan Bawah 15Tempat ke 4Selain itu, kita juga memenangi pingat dalam acara keseluruhan Daerah Pasir Gudang iaitu:-Peserta Perempuan Tempat ke 5 Keseluruhan PerempuanNur Rahimah binti Mohd Ali SuhaimiPeserta Lelaki Tempat ke 8 Keseluruhan LelakiMohd Faizal bin RahmatTahniah diucapkan!...
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
- Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
- Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
- Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
- Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
- Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
- Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
- Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
- Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
- Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::