Aplikasi Multimedia
Majlis Seuntai Kasih Ingatan Bersemi di Hotel Selesa
Sekitar Majlis Meraikan Persaraan Pengetua di Hotel Dorsett
Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Pengetua...
Pesanan Pengetua..


PESAN PENGETUAMU
Dengan santun bahasa
minda tenang hati senang
insan guru itu sesungguhnya
pelangir waktu penyulam rasa
pencerna akal budi
penenun susila, mahir dan ilmu
pewaris amanah
pelestari kasih sejati
anak-anak pengukir zaman
pemacu masa depan.
(ii)
Aduhai putera puteriku
di ruang keramat bernama sekolah ini
usah kewalahan dan mudah pasrah
oleh rasa resah dan malu
oleh fikir picik dan keliru,
usah lagi bermimpi atau bersembunyi
di sebalik kegelapan minda dan hati
kerana cikgumu guru bestari
wasilah pengukuh jatidiri
sentiasa ada di sini
untuk digugu dan ditiru
pada setiap waktumu.
- Sumber dari blog pengetua : www.awayzha.wordpress.com khas untuk warga SMKPG2.. renung renungkanlah...
Bicara Pengetua Amanat 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
& salam sejahtera;
Selamat kembali bertugas kepada semua guru dan staf sokongan SMK Pasir Gudang (2) dan selamat datang kepada warga baru SMK Pasir Gudang (2) ke sesi persekolahan tahun 2010.
Kita akan meredah ”waktu sukar” sesi persekolahan 2010 sebagai salah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan semasa. Keperluan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan disiplin tahap tinggi, dan kekangan pelbagai sumber, termasuk pengurangan peruntukan untuk sesi 2010 mendorong kita menjadikan pernyataan ”Ranjau Diredah Peluang Dikerah” sebagai slogan untuk bertindak lebih bijaksana dan berhemah supaya kita tidak kewalahan dan ketinggalan dalam mengharungi arus perdana pendidikan negara.
Peranan dan pertanggungjawaban merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan kini turut diperkukuh dengan kewajiban melaksanakan SKPM, SPSK, MBMMBI dan pengenalan kepada NKRA dan KPI. Gagasan Top 5 (JPNJ) masih belum tercapai di peringkat peperiksaan PMR dan SPM, sementara prestasi di peringkat sekolah kita sendiri juga belum mencapai ETR yang disasarkan. Dengan demikian, sensitiviti, fokus dan komitmen tinggi dalam memperkasakan pelaksanaan ”program Headcount” dan audit akademik amat dituntut daripada kita semua, di samping meneruskan kelangsungan agenda-agenda lain yang juga memerlukan penglibatan menyeluruh kita semua.
Apa-apa pun yang dirancang dan dilaksanakan perlu mengambilkira faktor impak dan ’outcome’nya. Di samping melihat setiap masalah sebagai peluang dan mendepaninya dengan bersungguh-sungguh, kita juga perlu mncipta dan mengusahakan sebanyak mungkin peluang untuk menghidupi ”survival” mencapai visi dan misi kita bersama. Kita perlu menginsafi bahawa kemenjadian murid sebagai modal insan berminda kelas pertama menerusi kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah merupakan hak mereka yang mesti kita pelihara dan tunaikan, dan di sinilah nilai profesionalisme, integriti serta akauntabiliti kita menjadi pertaruhannya.
Tugas itu amanah untuk dituntaskan. Tanggungjawab itu hutang untuk dilunasi. Kesemuanya memerlukan sentuhan kreativiti dan inovasi. Pesanan itu ingatan untuk diendahkan. Garis panduan itu sumber rujukan untuk dipatuhi. Apa-apa pun alasannya, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Hormati kepatuhan, keteraturan dan kepedulian. Kegagalan kita memahami, menghayati dan melaksanakan fungsi kehadiran kita di dalam profesion keguruan ini sesungguhnya mendatangkan kerugian besar kepada negara.
Semoga kita perihatin dengan ekspektasi tinggi yang diletakkan kepada kita dan menginsafi betapa kehadiran kita yang berkesan amat diperlukan di sekolah ini. Sesungguhnyalah masa depan organisasi dan anak didik kita turut bergantung kepada transformasi kecemerlangan sentuhan keperkasaan dan kewibawaan insan guru dalam diri kita sendiri.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Sekian, terima kasih.
Jamuan High-tea di anjuran KEBIRU
Wajah-wajah Cemerlang PMR!
Selamat Maju Jaya...
Pelajar 8A
Nur Faziera binti Yusuf
Nurul Humaira binti Muzammir
Nurul Safwa binti Zakaria
Nurunafisah binti Hassan
Kuharupini A/P Mohan
Pelajar 7A 1B
Mastuurah binti Helmee
Nurul Atikah binti Mohd Amin
Muhammad Haniff Akmal bin Abdul Rahman
Rofina AK David
Erni Fazira binti Sulaiman
Mohamad Fazlee bin Razak
Mohamad Nariszaidi bin Hisam
Pelajar 6A 2B
Noor Fareeza Juliana binti Abdul Wahab
Khairul Hamizi bin Azli
Sumaduhah binti Shaharon
Pang Jie Wei
...Sekalung tahniah buat yang berjaya....


Notis Penting untuk Warga SMKPG2
Mesyuarat Guru kali ke-1 tahun 2010 telah dipinda. Berikut adalah butiran terkini.
Mesyuarat Guru kali ke-1 Tahun 2010
Tarikh : 24 Disember 2009
Pendaftaran : 7 30 pagi
Tempat : Bilik Mawar Bestari
Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat SMKPG2. Diharapkan agar para kakitangan SMKPG2 dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat ini.
Sekian, terima kasih. Harap maklum..
MOTTO SEKOLAH
:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::