Aplikasi Multimedia

Penilaian Kurikulum 1 / 2013

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMK PG(2) yang akan menduduki 
Penilaian Kurikulum 1 yang akan bermula pada 

5 Februari hingga 8 Februari 2013..

<<  Study jangan tak study >>

(^_______^) wink**

Sambutan Maulidur Rasul 1436H

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2013 diraikan pada 23hb Februari 2013.

Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan Maulidur Rasul ialah:-

  • Pertandingan Mereka Kain Rentang antara Rumah Sukan
  • Pertandingan Menulis Khat antara kelas
  • Bacaan Ayat suci al Quran 
  • Perarakan Maulidur Rasul
  • Ceramah Agama
  • Jamuan Aqiqah

Gotong Royong untuk Jamuan Aqiqah.. 2 ekor lembu tuhhh..... tahniah kpd yg terlibat... :-)
















Kem Kepimpinan Siri II 2013

Program tahunan SMKPG2 bermula lagi..!

Pada 22 dan 23 Februari 2013 berlangsung Kem Kepimpinan Siri II yang melibatkan 
Pengawas Sekolah dan Ahli Majlis Ketua Tingkatan (Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan) 

bertempat di 

Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor

Kem selama 2 hari ini sangat bermakna kepada peserta yang hadir kerana pengisian dan program yang dirancang benar-benar menepati kehendak dan keperluan pelajar yang bergelar pemimpin di SMK PG2..

Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat meningkatkan lagi motivasi pelajar dalam meneruskan tugas sebagai pemimpin kecil di sekolah..

sekalung penghargaan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling 
Pn Ezzieyemme, En Mohd Azrol serta Pn Asiah Mat Yatik di atas kelancaran program tahunan ini...


















Watikah Lantikan Pengawas Pusat Sumber dan Sidang Redaksi serta Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2013

Pada tarikh 4 Februari 2013 juga telah berlangsung Majlis Watikah Lantikan bagi pengawas Pusat Sumber Sekolah serta AJK Sidang Redaksi sekolah bagi sesi 2013.

Acara ini melibatkan seramai 30 orang pengawas pusat sumber bagi sesi pagi dan petang serta 10 orang AJK Sidang Redaksi sekolah.

Seramai 4 orang pelajar yang terpilih sebagai Calon NILAM Peringkat Daerah berdasarkan jumlah buku yang dibaca sejak mereka di Tingkatan 1 lagi.  
Mereka yang dipilih ialah:-

UMMI AMIZA EMBOK WELLANG - ANUGERAH PERAK
NABILLAH ALVI ALAMIN - ANUGERAH PERAK
MUHAMMAD FIRDAUS MOHAMMAD - ANUGERAH GANGSA
NOR SYAFIQAH ROSDI - ANUGERAH GANGSA


Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih. Semoga sumbangan anda dapat membantu meningkatkan imej dan kreadibiliti Pusat Sumber Sekolah dengan lebih baik...

















Bulan Teknik Vokasional 2013

Pada 4 Februari 2013 telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Teknik Vokasional peringkat SMK Pasir Gudag (2) bagi tahun 2013.  Majlis yang dirasmikan oleh Pengetua Pn Hjh Zainab Johari telah diserikan dengan montaj pelancaran serta gimik pelancaran menggunakan robot dari Kelab Robotik SMK PG(2).  Guru Kanan Bidang Teknik Vokasional Pn Hjh Muslimah Jirin memberikan kata-kata aluan serta memberi penerangan tentang program-program yang diatur sempena dengan Bulan Teknik Vokasional.  

Di antara program-program yang diadakan ialah:-


  • Pertandingan Melipat Napkin
  • Pertandingan Eksplorace
  • Pertandingan Menggubah Tuala
  • Pertandingan Gubahan Bunga
  • Pameran Robotik
  • Pameran Demonstrasi Membuat 'Cup Cake'
  • Pameran Demonstrasi Membuat Coklat
  • Pameran Demonstrasi Membuat Salad/Makanan Berkhasiat
Pameran dan Pertandingan ini akan diadakan selama seminggu bermula 
18 Februari - 22 Februari 2013 jam 11 00 pagi hingga 330 petang














MOTTO SEKOLAH


:: KERJA SEPASUKAN MERAIH KECEMERLANGAN ::
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.